Archive Pages Design$type=blogging

Resepi Homemade Roti Cheese Naan Leleh

Tak perlu lagi lepak di mamak untuk menikmati Roti Naan Cheese. Nah sekarang admin kongsikan Resepi Roti Naan Cheese!! Lagi banyak cheese lagi vavavommm.

Tak perlu lagi lepak di mamak untuk menikmati Roti Naan Cheese. Nah sekarang admin kongsikan Resepi Roti Naan Cheese!! Lagi banyak cheese lagi vavavommm. Roti Cheese Naan ini enak di makan bersama Ayam Tandoori Mamak Haji dan Keema Daging yang lazat. Jom cuba

Bahan-bahan
300 tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
sedikit garam
2 sudu besar yogurt (natural)*
1 sudu kecil baking powder
80-100 ml susu segar suam (panaskan sedikit susu di atas api)
3 sudu besar minyak jagung
cheese mozarella yang diparut..

Cara-cara
1. Campurkan yis +1 sudu besar gula. Baki gula nanti masukkan dlm tepung dan sedikit saja air suam. Kacau biarkan selama 5 minit. *jika yis aktif ..campuran tersebut akan mengembang seperti berbuih.
2. Masukkan adunan tepung, lebihan gula, garam, yogurt, baking powder dan minyak jagung. Aduk hingga menjadi seperti serbuk roti
3. Masukkan campuran yis tadi ke dlm adunan tepung. Aduk sebati kemudian baru masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat ditangan. Uli sehingga adunan licin 10-15 minit
4. Biarkan adunan naik sekali ganda...(tutup adunan dengan kain lembap..dlm 45mnit suhu agak suam2 panas (seperti dlm oven suhu 35c atau kawasan yang agak2 panas utk mempercepatkan proses kenaikan doh)
5. Selepas adunan dah naik, bahagikan adunan seberat 80gm. Taburkan dengan sedikit tepung. Bulatkan2 seperti pau sehingga habis. Biarkan seketika dlm 10 minit serta tutup ngan kain.
6. Amik sebiji doh dan leperkan guna roller (penggelek) dan masukkan mozarella parut ditengah2 doh dan tutup semula (mcm buat pau)
7. Kemudian leperkan balik guna roller tadi secara perlahan2 supaya cheese tadi tak terkeluar
8. Panaskan non stick pan tak perlu letak minyak ye. Api jgn kuat sederhana sahaja atau perlahan
9. Letak roti tadi atas non stick pan...tutup kejap ngan penutup ..balik2 kan roti tadi...bila ia menggelembung leperkan ia kembali guna penggelek (roller)
10. Siap angkat..boleh dihidang ngan kari pekat, atau keema daging, chicken tandoori dan timun yogurt.

** Jika yogurt takde tak mengapa abaikan...tak isi takpe takdosa...cuma nanti lebihkan cecair susu segar ye..
** susu segar tu jgn curah sampai habis nanti terlembik pula..masukkan sedikit demi sedikit ..adunan ni tak keras dan tak lembik ..ertikata lain tak lekat ditangan.
** jika anda suka letak madu..siap masak layang2kan madu atas roti naan tadi...


RESEPI TIMUN YOGURT
2 Batang timun diracik halus
2 cawan plain yogurt
sedikit garam
sedikit dry mint

Caranya
Campurkan kesemuanya dlm satu bekas

Selamat mencuba !!
Kredit : Tahrunnisah Jali

COMMENTS

Name

Berita Semasa cinta daging keju keluarga kerjaya kesihatan lasagna Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Zon Wanita: Resepi Homemade Roti Cheese Naan Leleh
Resepi Homemade Roti Cheese Naan Leleh
Tak perlu lagi lepak di mamak untuk menikmati Roti Naan Cheese. Nah sekarang admin kongsikan Resepi Roti Naan Cheese!! Lagi banyak cheese lagi vavavommm.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjO-fTJ2xnrPcOoLem9CKoo4SzneRxeov2i2JEFuXbU3sd9IsyWtNbhxpbs6JpTRbUCKN1i13fhHSQt3pyCG73lL6PdHaaXm1-E57bWjTfm-ZdnqLGlwu9wq2n4eurCfsQiUqFBzanrbHu8/s640/cheese-naan.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjO-fTJ2xnrPcOoLem9CKoo4SzneRxeov2i2JEFuXbU3sd9IsyWtNbhxpbs6JpTRbUCKN1i13fhHSQt3pyCG73lL6PdHaaXm1-E57bWjTfm-ZdnqLGlwu9wq2n4eurCfsQiUqFBzanrbHu8/s72-c/cheese-naan.jpg
Zon Wanita
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/resepi-homemade-roti-cheese-naan-leleh.html
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/resepi-homemade-roti-cheese-naan-leleh.html
true
3954754528969943134
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago