Archive Pages Design$type=blogging

Jom Shell Out ! Percaya Tak Kos Makanan Versi Homemade Ini Kurang dari RM50 Sahaja!

Viral sungguh restoren Shell Out di Dataran Sunway, Kota Damansara. Dengan konsep 'Get Down and Dirty', hidangan dilambakkan di atas meja dan pengunjung menikmati makanan tanpa pinggan. Percaya tak kalau admin katakan, anda semua boleh menikmati hidangan ala Shell Out versi homemade dengan kos tidak sampai rm50?


Viral sungguh restoren Shell Out di Dataran Sunway, Kota Damansara. Dengan konsep 'Get Down and Dirty', hidangan dilambakkan di atas meja dan pengunjung menikmati makanan tanpa pinggan. 

Percaya tak kalau admin katakan, anda semua boleh menikmati hidangan ala Shell Out versi homemade dengan kos tidak sampai rm50? 

Tapi bagaimana? Jom kite ke pasar borong!
  • Beli ketam lembut atau soft shell crab dengan kos anggaran RM12 sekilo
  • Udang  RM13 setengah kilo
  • Sotong RM13 setengah kilo
  • Kerang RM4 sekilo
  • Jagung RM3 untuk 2 tongkol
  • Sayuran lain contohnya brokoli dan lobak merah anggaran RM5
Haa cuba kira? Kos tak lebih dari RM50 pun kan? 

Tapi kenapa guna soft shell crab? Admin cadangkan soft shell crab kerana ia lebih murah dari ketam biasa. Lagipun kulitnya lembut berbanding ketam biasa berkulit keras. Tak enjoy gitu!

Jom lihat resepinya pula!

Bahan asas Bumbu

  1. Halia, bawang merah, bawang besar, bawang putih dan cili kering dikisar halus
  2. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak dan 2 asam keping sehingga naik bau
  3. Kuantiti bahan agak-agak mengikut banyak mana seafood yang dimasak
Masakan Ketam

  1. Panaskan minyak
  2. Senduk bumbu diatas secukup ketam yg dimasak
  3. Tambah sos cili, sos tomato, sos tiram, dan sos ikan (kalau guna sos ikan tak perlu garam)
  4. Tambah kiub ikan bilis, sedikit gula, serbuk cili dan sedikit air
  5. Masuk ketam. Tutup kuali supaya ketam masak
  6. Kacau beberapa biji telur dan curah atas ketam dalam kuali
  7. Balik-balik kan ketam dan tutup kuali
  8. Siap
Masakan Udang
  1. Ketuk beberapa biji bawang putih
  2. Masuk sedikit bumbu diatas
  3. Tambah sos cili
  4. Masak sehingga kering sedikit
  5. Masuk udang, kacau dan tutup kuali sekejap
  6. Siap
Masakan Sotong
  1. Sotong dikelar-kelar dan perap dengan garam dan kunyit
  2. Ambil sedikit bumbu diatas dan campur pati kiub bilis dan sedikit gula
  3. Lumur pada sotong
  4. Letak sotong atas non stick kuali 
  5. Balik-balikkan hingga kering dan masak ( jangan ditutup nanti sotong berair dan lembik)
*Untuk kupang, lala dan scallop cara masakan seperti buat sambal tumis bilis
*Kerang boleh direbus sahaja
*Sayur brokoli, bunga kobis, putik jagung dan carrot rebus sebentar bersama garam dan toskan
*Dressing mayonis campur sos cili jadi thousand island
*Hidangkan diatas parchment paper putih, sertakan nasi jika mahu

Selamat mencuba dan berShell Out!


COMMENTS

Name

Berita Semasa cinta daging keju keluarga kerjaya kesihatan lasagna Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Zon Wanita: Jom Shell Out ! Percaya Tak Kos Makanan Versi Homemade Ini Kurang dari RM50 Sahaja!
Jom Shell Out ! Percaya Tak Kos Makanan Versi Homemade Ini Kurang dari RM50 Sahaja!
Viral sungguh restoren Shell Out di Dataran Sunway, Kota Damansara. Dengan konsep 'Get Down and Dirty', hidangan dilambakkan di atas meja dan pengunjung menikmati makanan tanpa pinggan. Percaya tak kalau admin katakan, anda semua boleh menikmati hidangan ala Shell Out versi homemade dengan kos tidak sampai rm50?
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL_prndhuIL7dWvnzVYyJV82Z5HutgYPcOiBLSnDqLcNbedBgitU-b_kKbONsEI3zZi91SoZkye10-oEUV2mQSxbAYVg4LSvB3Uje8jXKI5izWonJRMROdNlPJzLZTSvGP-novgt4crLjo/s640/img_1758.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL_prndhuIL7dWvnzVYyJV82Z5HutgYPcOiBLSnDqLcNbedBgitU-b_kKbONsEI3zZi91SoZkye10-oEUV2mQSxbAYVg4LSvB3Uje8jXKI5izWonJRMROdNlPJzLZTSvGP-novgt4crLjo/s72-c/img_1758.jpg
Zon Wanita
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/10/jom-shell-out-kos-makanan-versi.html
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/10/jom-shell-out-kos-makanan-versi.html
true
3954754528969943134
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago