Archive Pages Design$type=blogging

Jatuh Cinta Dengan Rakan Sekerja? Elok Fikir Habis Sebelum Menerimanya!

Tak ada salahnya jika anda jatuh cinta kepada rakan sekerja. Namun, anda perlu mempertimbangkan baik dan buruknya sebelum anda memutuskan untuk bercinta dengan rakan sekerja. Jom, semak 5 sebab kenapa anda tidak digalakkan bercinta dengan rakan sekerja.


Bercinta atau bertemu jodoh dengan rakan sekerja adalah tidak asing lagi sejak golongan wanita turut diberi peluang untuk terbabit dalam aktiviti ekonomi sama seperti kaum lelaki. Hampir 50 peratus wanita berada dalam sektor pekerjaan dan ini memberikan peluang kepada golongan lelaki supaya tidak perlu bersusah payah untuk mencari calon isteri di tempat lain.
Tak ada salahnya jika anda jatuh cinta kepada rakan sekerja. Namun, anda perlu mempertimbangkan baik dan buruknya sebelum anda memutuskan untuk bercinta dengan rakan sekerja.  Jom, semak 5 sebab kenapa anda tidak digalakkan bercinta dengan rakan sekerja.
5 Sebab Anda Tak Digalakkan Bercinta Dengan Rakan Sekerja

#1. Lama-lama rasa bosan
Bercinta dengan rakan sekerja akan menimbulkan rasa bosan kerana anda akan berjumpa dengan si dia pada setiap hari. Jika anda dan pasangan berada di jabatan yang berlainan, mungkin keadaannya tidak akan sama. Tetapi anda mungkin akan berhadapan dengan masalah lain seperti cemburu dan berprasangka.
#2. Masalah anda boleh mempengaruhi suasana kerja
Bila anda atau pasangan merajuk atau berselisih faham, ia pasti akan mempengaruhi suasana tempat kerja. Segala tugas yang dipertanggungjawabkan mungkin akan tergendala/timbul masalah disebabkan oleh masalah peribadi anda. Ada kemungkinan hal ini akan menimbulkan rasa tidak senang antara anda dan rakan sekerja yang lain.
#3. Jadi bahan gosip
Walau di mana anda berada, anda tidak terlepas daripada masalah gosip ataupun ‘buah mulut’orang. Bercinta bersama dengan rakan sekerja kerja juga boleh menimbulkan gosip, samada positif ataupun negatif. Lebih-lebih, lagi jika ada pihak yang tidak senang dengan hubungan anda berdua. Bersiap sedialah untuk menjadi mangsa mulut-mulut ‘puaka’ nanti ya!
#4. Jika putus, suasana akan menjadi canggung
Ini merupakan masalah yang paling rumit jika anda dan pasangan tiba-tiba putus cinta dan tak mungkin untuk berbaik semula. Anda harus berhadapan dengan bermacam-macam perasaan yang bertandang seperti sakit hati, marah, sedih, cemburu ataupun benci. Silapharibulan mahu anda hantar surat berhenti kerja! Kan dah rugi!
#5.Prestasi kerja mula merudum
Asyik gila bayang atau angau boleh menyebabkan prestasi kerja anda jatuh merudum. Disebabkan ini jugalah sesetengah majikan tidak menggalakkan pekerjanya bercinta di tempat kerja.

Ambil Perhatian!
Awas! Perkara ini anda perlu ambil kira sebelum memulakan hubungan istimewa dengan rakan sekerja.
Fahami polisi syarikat
Sebelum anda menghebohkan status percintaan anda dengan rakan sekerja yang lain, sebaiknya anda menyemak dahulu polisi syarikat anda tentang perkara ini. Kebiasaannya polisi syarikat besar telah meletakkan garis panduan menghalang pekerjanya untuk mempunyai hubungan intim. Jika anda sanggup untuk terima kesannya kelak, anda boleh teruskan hasrat anda itu.
Profesionalisme
Sebaiknya anda pisahkan kehidupan sosial anda dan kerjaya. Usah membiarkan rasa cinta anda berbunga mekar sehingga mengganggu kualiti dan kelancaran kerja anda. Anda harus ingat bahawa anda sentiasa diperhatikan oleh majikan anda. Gunakan masa sebaik mungkin dan jadikan pasangan anda sebagai pendorong untuk anda terus berjaya di tempat kerja.
Hieraki
Anda dinasihatkan untuk memilih pasangan yang memegang jawatan yang sama dengan anda. Elakkan bermadu asmara dengan kakitangan atasan atau bawahan. Jika hubungan ini terjalin, ia akan menyebabkan orang lain berasa tidak senang dengan hubungan tersebut.
Temu janji
Pasangan bercinta pasti mempunyai perasaan rindu yang tak tertanggung dan kalau boleh mereka ingin berjumpa setiap hari. Usah menunjuk-nunjuk kebahagiaan antara anda berdua di tempat kerja. Kekalkan jarak selamat dan simpanlah segala rindu sehingga habis waktu bekerja. Jika ia melibatkan hal kerja, usahlah bersikap berat sebelah dan anda harus bersikap professional.
Menyalah guna
Jangan menyalah guna kemudahan pejabat atas urusan peribadi anda seperti menggunakan telefon, berbalas e-mail ataupun menggunakan masa berkerja anda untuk hal lain. Jangan mencampur adukkan urusan kerja dengan soal hati dan perasaan anda.
Meletak jawatan
Jika anda merasakan bahawa hubungan anda akan membawa masalah kepada syarikat dan diri anda, bersedialah untuk meletakkan jawatan. Salah seorang daripada anda boleh memohon tempat kerja baru atau sebagainya. Pengorbanan sebegini bukan sahaja mampu menyelamatkan hubungan anda malah demi masa depan kerjaya anda juga.

COMMENTS

Name

Berita Semasa cinta daging keju keluarga kerjaya kesihatan lasagna Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Zon Wanita: Jatuh Cinta Dengan Rakan Sekerja? Elok Fikir Habis Sebelum Menerimanya!
Jatuh Cinta Dengan Rakan Sekerja? Elok Fikir Habis Sebelum Menerimanya!
Tak ada salahnya jika anda jatuh cinta kepada rakan sekerja. Namun, anda perlu mempertimbangkan baik dan buruknya sebelum anda memutuskan untuk bercinta dengan rakan sekerja. Jom, semak 5 sebab kenapa anda tidak digalakkan bercinta dengan rakan sekerja.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPeNpxdTq5qMJkmC5pQyJA8L_poqEYQcWDlbqooKuUKemRxnMkcV7U0olc8SrDWQrUamlkTl3wPV0-tnpfJdZaT0gKgZnhrNX6MRejlSnUAQcq5flB4wLsRZwWVP1Lw55F7Hv2h64Ve9lo/s640/image.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPeNpxdTq5qMJkmC5pQyJA8L_poqEYQcWDlbqooKuUKemRxnMkcV7U0olc8SrDWQrUamlkTl3wPV0-tnpfJdZaT0gKgZnhrNX6MRejlSnUAQcq5flB4wLsRZwWVP1Lw55F7Hv2h64Ve9lo/s72-c/image.jpg
Zon Wanita
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/08/jatuh-cinta-dengan-rakan-sekerja-elok.html
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/08/jatuh-cinta-dengan-rakan-sekerja-elok.html
true
3954754528969943134
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago