Archive Pages Design$type=blogging

Tak Pandai Masak? 23 Tips dan Panduan Untuk Memasak Di Dapur

Memasak bukan kerja mudah. Dalam kesibukan bagi isteri yang bekerja, tugas memasak perlu cepat dan mudah, namun hasil masakan mestilah ada kualiti. Suami pula haruslah sama-sama membantu di dapur sekiranya masing-masing bekerja. Berikut sedikit panduan dan tips bagaimana memudahkan kerja-kerja masakan.

Memasak bukan kerja mudah. Dalam kesibukan bagi isteri yang bekerja, tugas memasak perlu cepat dan mudah, namun hasil masakan mestilah ada kualiti. Suami pula haruslah sama-sama membantu di dapur sekiranya masing-masing bekerja. Berikut sedikit panduan dan tips bagaimana memudahkan kerja-kerja masakan.

#1. Elak nasi mentah
Nasi menjadi hidangan utama dalam sajian harian. Begi mengelakkan nasi yang di tanak menjadi kurang masak atau mentah, renjiskan beberapa kali air ke atas nasi yang ditanak. Walaubagaimanapun jangan terlalu banyak kerana boleh menyebabkan nasi menjadi lembik. Biarkan nasi di tanak beberapa minit. Insya-Allah masalah nasi mentah tadi akan masak dan enak dimakan.

#2. Sambal Belacan Lebih Sedap
Cili merah, cili hijau, cili api dan tomato di goreng terlebih dahulu. Kemudian barulah di kisar atau di tumbuk bersama belacan yang sudah di goreng. Perahkan asam limau, pasti rasanya lebih sedap dan memuaskan.

#3. Meranggupkan kerabu
Bagi memberi keranggupan pada kerabu, celurkan seketika pucuk paku dan taugeh. Bawang besar juga boleh di hiris halus bagimenambahkan keranggupan kerabu tadi.

#4. Bubur kacang lebih lembut dan cepat masak
Elakkan memasukkan garam atau gula semasa merebus kacang supaya kacang tidakkeras dan cepat masak. Tunggu sehingga kacang menjadi empuk, barulah masukkan garam dan gula.

#5. Bubur lebih pekat
Gunakan sagu biji untuk memekatkan bubur. Masukkan sagu sebaik sahaja santan mula mendidih. Jangan lupa bilas dulu sagu dengan air bersih ya!

#6. Untuk merangupkan cucur udang
Jika anda ingin merangup dan menambah selera cucur udang, caranya ialah masukkan empat sudu besar minyak masak untuk satu kilo tepung gandum. Ketika masak jangan kuatkan api biar sederhana dan untuk melembutkan rasa di dalamnya masukkan serbuk penaik satu sudu teh kecil dan biarkan lima minit. Selamat memcuba ya.

#7. Membuat sambal tumis yang sedap
Sambal yang sedap haruslah mengunakan cili kering. Cili kering digunting kecil-kecil bagi membuang bijinya dan lalu direbus seketika. Apabila sudah direbus cili tadi hendaklah ditoskan selama 20 minit. Kemudian cili kering itu digoreng di dalam minyak yang panas dalam masa 10 minit tetapi jangan terlalu garing. Apabila sejuk cili tadi hendaklah dimesin bersama minyak yang digoreng tadi dan disimpan di dalam peti ais. Ia akan tahan selama 3 minggu. Apabila ingin memasak sebarang sambal ianya tidak memerlukan minyak yang banyak dan masa untuk memasak sungguh sekejap dan kita akan dapat sambal yang sungguh sedap. Sambal yang kita masak cepat pecah minyak dan wangi.

#8. Harumkan Bawang Tumis
Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih, pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika
menumis.

#9. Petua Cekodok Pisang Sedap Dan Cantik
Untuk mendapatkan cekodok pisang (jemput-jemput pisang) yang cantik dan sedap, seeloknya pisang dikisar bersama gula sebelum diadun bersama tepung. Kemudian tutup dan biarkan adunan selama lebih kurang empat jam sebelum digoreng. Selain itu adunan tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.

#10. Merangupkan ayam goreng
Semasa hendak mengoreng ayam, perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, kemudian masukkan ayam. Hasilnya ayam kita cepat rangup. Selamat mencuba.

#11. Hilangkan Bau Hamis Daging

Rebus daging sampai mendidih airnya. Biarkan terus sampai berbuih. Buangkan
buih tersebut sedikit demi sedikit dengan menggunakan senduk sehingga buihnya
habis. InsyaAllah dengan cara ini anda akan dapat mengurangkan kandungan
kolestrol dan bau hamis daging.

#12. Asam Keping Hilangkan Gatal Keladi
Untuk menghilangkan rasa gatal pada sayur keladi, cuci dan rebus keladi dengan beberapa asam keping selama beberapa minit. Tos airnya dan kemudian masak seperti biasa.

#13. Donat gebu & lembut
Petua nak bagi donat lembut dan gebu ialah anda bolehlah membuatnya sendiri dengan mencampurkan dua atau tiga biji ubi kentang yang telah direbus dan kemudian dilenyekkan ke dalam tepung bancuhan donat. Insya Allah donat tadi akan lembut dan sedap rasanya walaupun sudah sejuk.

#14. Puding caramel licin dan cantik
 Sekiranya anda mahu puding karamel (puding gula hangus) yang anda buat menjadi lebih licin dan cantik, gunakan susu pekat manis F&N.

#15. Ikan segar tahan lama
Kalau anda mahu stok ikan yang anda beli di pasar sentiasa segar dan tahan lama, terus menyimpanya di dalam ruangan sejukbeku tanpa menyiangnya terlebih dahulu.

#16. Doh roti naik sempurna
Untuk mendapat doh roti yang naik dengan sempurna, rehatkan doh tersebut di bawah tuala lembab dan letakannya di atas peti sejuk.

#17. Kari atau sambal lebih enak
Lain tangan lain jadinya, walaupun resepi yang sama. Sebenarnya setiap kali menumis sambal atau kari, pastikan anda menumis sehingga naik minyak dan harum baunya kerana masakan yang berbau enak pasti enak rasanya.

#18. Kek mudah dikeluarkan dari bekas
Sekiranya anda membuat kek, pastikan dulang pembakar di sapu mentega terlebih dahulu sebelum diletakkan kertas minyak di atasnya.

#19. Biskut coklat chip lebih enak
Kalau anda mahu biskut coklat chip yang anda buat lebih enak dari famous amos, tukarkan penggunaan serbuk koko kepada serbuk milo dan gunakan hanya kacang pecan.

#20. 
Puding roti yang enak  
Puding roti yang enak dan gebu bukan di buat menggunakan roti biasa tetapi roti crossaint.

#21. Dadih susu asli enak
Untuk menghasilkan dadih susu yang asli, hanya gunakan susu segar sahaja dan campurkan satu cawan gula dan satu cawan 'coffee mate' untuk setiap paket dadih segera (termasuk gula yang disertakan di dalam paket itu).

#22. Mayonis Kimball
Membeli dengan lebih bijak. Mayonis yang enak dengan harga yang jauh lebih rendah adalah jenama Kimball.

#23. Y
ogurt jenama Dutch Lady
Anda tidak akan tersilap, bila membeli  kerana anda tidak ingin mencuba jenama lain kerana yogurt jenama Dutch Lady memang menyelerakan

COMMENTS

Name

Berita Semasa cinta daging keju keluarga kerjaya kesihatan lasagna Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Zon Wanita: Tak Pandai Masak? 23 Tips dan Panduan Untuk Memasak Di Dapur
Tak Pandai Masak? 23 Tips dan Panduan Untuk Memasak Di Dapur
Memasak bukan kerja mudah. Dalam kesibukan bagi isteri yang bekerja, tugas memasak perlu cepat dan mudah, namun hasil masakan mestilah ada kualiti. Suami pula haruslah sama-sama membantu di dapur sekiranya masing-masing bekerja. Berikut sedikit panduan dan tips bagaimana memudahkan kerja-kerja masakan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjswPx6-Jsugeoti22Dzg0Olbpvl4offXAua5Eg79Ari17WdB65i6ycsEx-OnYn03MlY5lBS-jMhQ0m48MStW6SCwzsjeI68oxm0S0jZl-0Di1ldI6B1qEnikP9UD3-kPR0sJTF-TfQWs5Z/s640/CookingPicture.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjswPx6-Jsugeoti22Dzg0Olbpvl4offXAua5Eg79Ari17WdB65i6ycsEx-OnYn03MlY5lBS-jMhQ0m48MStW6SCwzsjeI68oxm0S0jZl-0Di1ldI6B1qEnikP9UD3-kPR0sJTF-TfQWs5Z/s72-c/CookingPicture.jpg
Zon Wanita
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/23-tips-dan-panduan-memasak-di-dapur.html
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/23-tips-dan-panduan-memasak-di-dapur.html
true
3954754528969943134
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago