Archive Pages Design$type=blogging

Wajib Baca! Penyakit Meroyan Dari Perspektif Perbidanan Melayu

Lazimnya, ia berlaku apabila umur bayi anda antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan. Sebelum itu anda merasa amat gembira menjaga bayi anda, kemudian, menyedari kemurungan datang secara perlahan.

Meroyan atau Kemurungan Posnatum ialah bukanlah satu masalah yang biasa. Dahulu, pendapat umum ialah bahawa satu dalam 10 orang ibu menghidapnya. Pendapat sekarang ialah seorang dalam empat ibu menghidap penyakit ini.

Lazimnya, ia berlaku apabila umur bayi anda antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan. Sebelum itu anda merasa amat gembira menjaga bayi anda, kemudian, menyedari kemurungan datang secara perlahan.


Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu, tetapi anda akan merasa:
  • perasaan putus asa
  • bersalah
  • amat letih
  • muram
  • sering menangis
  • sunyi
  • gelisah
  • terperangkap.  
Semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu. Tapi, jika anda merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan posnatum.

Menurut kajian secara temubual, antara penyebab ibu diserang meroyan :

#1. Kematian anak

Kematian anak membuatkan emosi ibu berada dalam keadaan sangat tertekan.

#2. Tiada support dari family dalam pantang 
Ibu, bapa, suami dan mentua menganggap si ibu bukannya cacat sehingga tidak boleh buat semua benda sendiri. Rata2 ibu2 ini seawal hari ke 3 sudah mandikan bayi sendiri dan meangkat air mandian sendiri. Dimanakah ehsan keluarga?

#3. Dianiyai suami 
Ada suami minta bersama dalam tempoh 44 hari, suami pukul isteri dalam pantang atau suami berlaku curang

#4. Culture shock 
Ibu tidak sangka lepas bersalin bukan mudah untuk uruskan keluarga, susu tak ada serta tidak mendapat rehat yang mencukupi

#5. Sakit bentan yang tidak tertanggung
Ibu bersalin terkena hujan, tersepak ibu jari sampai tumpah darah, traumatize birth atau tempat czer terbuka

#6. Gangguan emosi disebabkan ketidakstabilan hormon 
Ibu tiba-tiba ketawa, tiba-tiba menangis tanpa sebab, tiba-tiba nampak lembaga hitam, tiba2 rasa terawang-awangan

Punca di atas hanya beberapa sahaja. Namun kesannya boleh membuatkan emosi dan fikiran si ibu dalam keadaan tidak stabil. Ada yang sudah diceraikan kerana gila. Sudahnya anak di bawah jagaan keluarga mentua. Si ibu terkontang kanting di wad gila.

Simptom meroyan

- hidup di dunia sendiri
- tidak mampu kawal emosi
- menangis gelak tersenyum tanpa sebab
- jiwa resah kacau bilau
- berbeza sifat dari anak dara (dulu penyayang, kini pembengis. etc)

Isteri selepas bersalin sepatutnya lebih ceria. Lebih rasa complete atau fulfilled. Tetapi jika selepas bersalin, anda menjadi seseorang yang berbeza dan berlainan dari sifat anda sebelumnya, anda sebenarnya tidak sihat dan perlukan rawatan segera.

Jangan pandang ringan perihal kesihatan seorang wanita yang bergelar isteri. Jika mereka sakit, suami yg benar-benar kuat imannya akan sanggup bersama-sama sehingga akhir hayat. Hakikatnya, zaman sekarang jika isteri sakit, ada suami lebih suka memilih "makan luar". Jika dikacau anak dara tak apa lagi. Tetapi sudah menjadi trend kacau isteri orang. Mudah....katanya. Penzinaan berleluasa.

Betapa kuatnya kuasa kesihatan seorang wanita di dalam masyarakat. Dan betapa perlunya suami sedar, lari dari isteri yang gila kepada wanita yang sihat tidak menamatkan penderitaan anda. Jika isteri anda yg seterusnya anda tidak mampu jaga, maka menjelmalah figura meroyan utk kesekian kalinya. Meroyan. Ialah penyakit suami juga. Sila terkesan sama.

Jangan pandang ringan perihal kesihatan seorang ibu. Ibu yang gila meroyan sanggup melemaskan sang anak. Menikam si anak. Melempar si anak. Dan yang paling ditakuti, menjadi igauan buat sang anak.

Anak yang dibesarkan oleh ibu yang tidak stabil melahirkan generasi yg keliru, ketakutan dan pemberontak. Tanggungjawab seorang ibu bukan hanya perlu mengandungkan dan melahirkan anak semata-mata.. Tetapi perlu dibesarkan dalam persekitaran yang sihat. Oleh ibu yang sihat. Tanggungjawab kita ialah SENTIASA CUBA TAMPIL SIHAT DAN WARAS.

Ramai mereka di luar sana.
Jangan tutup sebelah mata.
Kasihani mereka.
Carikan penawar selagi mampu...selagi ada.

Apakah ubatnya?
Perubatan moden?
Perubatan herba dan perbidanan?
Perubatan Islam?

Selagi ketiga2 ikhtiar tidak habis kamu cuba, kamu belum habis berubat.

Cari ikhtiar utk sembuhkan ibu/isteri/kakak/adik kalian.

COMMENTS

Name

Berita Semasa cinta daging keju keluarga kerjaya kesihatan lasagna Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Zon Wanita: Wajib Baca! Penyakit Meroyan Dari Perspektif Perbidanan Melayu
Wajib Baca! Penyakit Meroyan Dari Perspektif Perbidanan Melayu
Lazimnya, ia berlaku apabila umur bayi anda antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan. Sebelum itu anda merasa amat gembira menjaga bayi anda, kemudian, menyedari kemurungan datang secara perlahan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnutyb7-2tK5PIovUaqqvUo6D_EwGX7VB_QYagPWtQ7xK86c9FK6EXsVbznn4ftfPd-CblhddhLhyphenhyphen1KfN4nbEd1dZfwiFbbzOLRuaZKLLQakjqR1oX9OjzUBvazoLri51ZypQffpJb2CfQ/s640/depression.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnutyb7-2tK5PIovUaqqvUo6D_EwGX7VB_QYagPWtQ7xK86c9FK6EXsVbznn4ftfPd-CblhddhLhyphenhyphen1KfN4nbEd1dZfwiFbbzOLRuaZKLLQakjqR1oX9OjzUBvazoLri51ZypQffpJb2CfQ/s72-c/depression.jpg
Zon Wanita
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/meroyan-dari-perspektif-perbidanan.html
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/meroyan-dari-perspektif-perbidanan.html
true
3954754528969943134
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago