Archive Pages Design$type=blogging

6 Tips Dan Petua Mudah Untuk Melembutkan Daging

Selalunya bila anda menikmati juadah yang berasaskan daging seperti rendang dan kari, tentu lebih berselera jika daging tersebut lembut dan empuk. Nikmatnya memang tak terhingga, kan? Justeru itu, kalau anda bercadang nak masak lauk-pauk yang berasaskan daging seperti daging black pepper, kari ataupun rendang daging, berikut ada 5 caramelembutkan daging yang boleh anda cuba.

Selalunya bila anda menikmati juadah yang berasaskan daging seperti rendang dan kari, tentu lebih berselera jika daging tersebut lembut dan empuk. Nikmatnya memang tak terhingga, kan?

Justeru itu, kalau anda bercadang nak masak lauk-pauk yang berasaskan daging seperti daging black pepper, kari ataupun rendang daging, berikut ada 5 caramelembutkan daging yang boleh anda cuba.

#1. Cuka makan
Kebanyakan daging yang di beli di pasar sukar menjadi empuk setelah direbus dalam masa yang lama. Bagi memudahkan daging menjadi empuk dalam masa yang singkat, cuba masukkan sedikit cuka makan ke dalam periuk ketika merebus daging tadi. Insya Allah daging akan menjadi empuk dalam masa yang singkat.

#2. Daun nangka
Anda sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu. Kemudian, masukkan saja daun nangka tadi ke dalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus.

#3. Daun pisang abu
Anda ambil daun pisang abu dan lapkannya dulu sampai bersih. Kemudian, carik-carikkan daun pisang abu tadi.Lepas tu, masukkan saja ke dalam kuali atau periuk bersama-sama dengan daging yang ingin dimasak.

#4. Buah Pinang tua
Anda perlukan setengah atau sebiji pinang tua. Kupaskan dan bersihkan pinang tua tadi.
Setelah itu, masukkannya ke dalam periuk (kuali) untuk dimasak sekali dengan daging

#5. Daun betik
Cara ini pula khas untuk anda yang nak buat sate daging. Memula, hiriskan dahulu daging tersebut. Seterusnya, lumurkan daging tersebut dengan bahan-bahan perencahnya.
Kemudian, bungkuskan daging dengan daun betik. Biarkannya selama 1 jam.
Setelah itu, barulah anda bakar sate daging tadi dan hasilnya daging itu lebih wangi dan empuk.

#6. Batang tebu
Anda perlukan sebatang tebu. Anda boleh gunakan sebarang jenis tebu yer. Buangkan dulu kulit tebu dan bersihkannya. Kemudian, anda potongkan tebu tadi secara memanjang seruas-seruas. 
Kalau daging tu nak dibuat rendang, masukkan saja isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk penyediaan rendang. Kemudian, masaklah sehingga rendang daging tu empuk. Andainya anda nak buat sup daging pula, rebuslah isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk mereneh sup. Isi tebu tersebut berfungsi untuk melembutkan daging dan menambahkan kelazatan sup.

Sekarang anda dah tahu 6 petua untuk melembutkan daging, kan? Lepas ini bolehlah anda cuba mana-mana cara di atas. Mudah-mudahan masakan daging anda lebih enak nanti.


COMMENTS

Name

Berita Semasa cinta daging keju keluarga kerjaya kesihatan lasagna Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Zon Wanita: 6 Tips Dan Petua Mudah Untuk Melembutkan Daging
6 Tips Dan Petua Mudah Untuk Melembutkan Daging
Selalunya bila anda menikmati juadah yang berasaskan daging seperti rendang dan kari, tentu lebih berselera jika daging tersebut lembut dan empuk. Nikmatnya memang tak terhingga, kan? Justeru itu, kalau anda bercadang nak masak lauk-pauk yang berasaskan daging seperti daging black pepper, kari ataupun rendang daging, berikut ada 5 caramelembutkan daging yang boleh anda cuba.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEis_AG7Vzrqh8LTS3K3M_Uji1e6naiRzdjYxZ1t0hjb56ai6xOT0MhMbn_w9SdYA-DdfRwDhGcf4OHD4uslosBgL2bWTDD92l7UlEgHrC5G5_oqb_11qD-cHtIvw9HRI29bXlQ12ijbYwDN/s640/meats-rendang-daging-flickr-stuart_spivack-612050559-4x3-tile.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEis_AG7Vzrqh8LTS3K3M_Uji1e6naiRzdjYxZ1t0hjb56ai6xOT0MhMbn_w9SdYA-DdfRwDhGcf4OHD4uslosBgL2bWTDD92l7UlEgHrC5G5_oqb_11qD-cHtIvw9HRI29bXlQ12ijbYwDN/s72-c/meats-rendang-daging-flickr-stuart_spivack-612050559-4x3-tile.jpg
Zon Wanita
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/6-petua-mudah-melembutkan-daging.html
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/6-petua-mudah-melembutkan-daging.html
true
3954754528969943134
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago