Viral sungguh restoren Shell Out di Dataran Sunway, Kota Damansara. Dengan konsep 'Get Down and Dirty', hidangan dilambakkan di atas meja dan pengunjung menikmati makanan tanpa pinggan. Percaya tak kalau admin katakan, anda semua boleh menikmati hidangan ala Shell Out versi homemade dengan kos tidak sampai rm50?
Viral sungguh restoren Shell Out di Dataran Sunway, Kota Damansara. Dengan konsep 'Get Down and Dirty', hidangan dilambakkan di atas meja dan pengunjung menikmati makanan tanpa pinggan.
Percaya tak kalau admin katakan, anda semua boleh menikmati hidangan ala Shell Out versi homemade dengan kos tidak sampai rm50?
Tapi bagaimana? Jom kite ke pasar borong!
- Beli ketam lembut atau soft shell crab dengan kos anggaran RM12 sekilo
- Udang RM13 setengah kilo
- Sotong RM13 setengah kilo
- Kerang RM4 sekilo
- Jagung RM3 untuk 2 tongkol
- Sayuran lain contohnya brokoli dan lobak merah anggaran RM5
Haa cuba kira? Kos tak lebih dari RM50 pun kan?
Tapi kenapa guna soft shell crab? Admin cadangkan soft shell crab kerana ia lebih murah dari ketam biasa. Lagipun kulitnya lembut berbanding ketam biasa berkulit keras. Tak enjoy gitu!
Jom lihat resepinya pula!
Bahan asas Bumbu
Bahan asas Bumbu
- Halia, bawang merah, bawang besar, bawang putih dan cili kering dikisar halus
- Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak dan 2 asam keping sehingga naik bau
- Kuantiti bahan agak-agak mengikut banyak mana seafood yang dimasak
Masakan Ketam
- Panaskan minyak
- Senduk bumbu diatas secukup ketam yg dimasak
- Tambah sos cili, sos tomato, sos tiram, dan sos ikan (kalau guna sos ikan tak perlu garam)
- Tambah kiub ikan bilis, sedikit gula, serbuk cili dan sedikit air
- Masuk ketam. Tutup kuali supaya ketam masak
- Kacau beberapa biji telur dan curah atas ketam dalam kuali
- Balik-balik kan ketam dan tutup kuali
- Siap
- Ketuk beberapa biji bawang putih
- Masuk sedikit bumbu diatas
- Tambah sos cili
- Masak sehingga kering sedikit
- Masuk udang, kacau dan tutup kuali sekejap
- Siap
- Sotong dikelar-kelar dan perap dengan garam dan kunyit
- Ambil sedikit bumbu diatas dan campur pati kiub bilis dan sedikit gula
- Lumur pada sotong
- Letak sotong atas non stick kuali
- Balik-balikkan hingga kering dan masak ( jangan ditutup nanti sotong berair dan lembik)
*Untuk kupang, lala dan scallop cara masakan seperti buat sambal tumis bilis
*Kerang boleh direbus sahaja
*Sayur brokoli, bunga kobis, putik jagung dan carrot rebus sebentar bersama garam dan toskan
*Dressing mayonis campur sos cili jadi thousand island
*Hidangkan diatas parchment paper putih, sertakan nasi jika mahu
Selamat mencuba dan berShell Out!
*Sayur brokoli, bunga kobis, putik jagung dan carrot rebus sebentar bersama garam dan toskan
*Dressing mayonis campur sos cili jadi thousand island
*Hidangkan diatas parchment paper putih, sertakan nasi jika mahu
Selamat mencuba dan berShell Out!