Archive Pages Design$type=blogging

Wow! 7 Idea Untuk Manjakan Lelaki Istimewa Hati Anda

Lelaki, makhluk yang sungguh istimewa. Disebalik jiwa 'keras' mereka, terselit perasaan ingin dimanjakan. Apatah lagi selepas penat bekerja atau semasa harijadi mereka, tentu mereka inginkan layanan yang istimewa. Sifat lelaki memang tidak meminta. Namun sebagai wanita kita harus bijak membaca jiwa mereka. Kami sediakan 7 idea untuk memanjakan lelaki anda.

Lelaki, makhluk yang sungguh istimewa. Disebalik jiwa 'keras' mereka, terselit perasaan ingin dimanjakan. Apatah lagi selepas penat bekerja atau semasa harijadi mereka, tentu mereka inginkan layanan yang istimewa. Sifat lelaki memang tidak meminta. Namun sebagai wanita kita harus bijak membaca jiwa mereka

Kami sediakan 7 idea untuk memanjakan lelaki anda. Pasti mereka tersenyum manis untuk anda. 

#1: The Surprise
Oleh kerana anda dan pasangan mungkin agak sibuk pada hari-hari bekerja, hari minggu adalah hari terbaik untuk membuat kejutan. Jika selalunya anda yang selalu lambat bersiap, kali ini, anda pergi bersiap dahulu. Text pasangan anda
Contohnya: "Jom keluar, we are going to have fun."

Walaupun pasangan anda asyik bertanya tentang rancangan anda, jangan mengalah dan rosakkan kejutan anda. Just tell him to wait and give him a peck on the cheek. Cheeky but it's exciting!

Oh, dan jalankan kejutan yang anda telah rancangkan daripada situ. Ada kalanya, ada perkara berlaku tidak mengikut apa yang anda rancangkan, jangan gusar. Kadang kala, tidak ada salahnya untuk just go with the flow.

#2: Makan makan dan makaaaaaan 
Anda dan pasangan suka makan? Jika selalunya pasangan anda yang memandu, kali ini, apa kata anda pula yang pandu. Bawa pasangan anda cuba tempat-tempat makan yang dia sudah lama ingin cuba atau tidak pernah dengar. Bagi menjayakan rancangan anda ini, banyakkan membaca review blog-blog makanan. Anda bukan sahaja dapat mengetahui tentang kedai-kedai yang baru. Anda juga dapat tahu tentang makanan apa yang anda patut cuba, tidak patut cuba dan bajet yang anda perlukan.

#3: Urut
Bebanan kerja yang banyak sejak kebelakangan ini? P
asangan anda selalu kelihatan lemah dan tidak bermaya? Apa kata anda dan pasangan pergi membuat sesi urutan bersama? Tidak semestinya anda pergi ke tempat yang mahal. Ada juga tempat urut yang menawarkan servis pada harga murah. Contohnya di pusat urut yang dioperasikan oleh ahli Pertubuhan Orang Buta Malaysia. Urutan juga boleh dilakukan oleh anda. Tak perlu mahir, yang penting kualiti masa bersama. Opss, hanya untuk suami isteri sahaja ya

#4: Jadi kawan lelakinya
Untuk satu hari, jadi kawan lelaki 
pasangan anda. Jika pasangan anda ada band yang digemarinya, sertainya menonton persembahan band kegemarannya itu. Jika pasangan anda suka aktivi lasak, bawanya main ATV/ wall climbing atau lasak lain. Jika pasangan anda suka memancing, ikutnya memancing. Jika pasangan anda suka main snooker, apa kata anda main snooker juga. (Pusat Maritime Putrajaya ada menawarkan tempat snooker yang lebih family friendly.) Pendek kata untuk satu hari, buat aktiviti yang digemari pasangan anda, atau biarkannya buat aktiviti tersebut tanpa dileteri anda.

#5: Tengok wayang, upgraded class
Jika selalunya anda dan 
pasangan menonton wayang kelas standard, kali ini, bawa pasangan anda menonton wayang di kelas yang berbeza pula. Beanie? Gold Class? Premiere? Platinum? Agak mahal berbanding kelas standard, namun pastinya anda dan pasangan akan berpuas hati.

#6: Mini Honeymoon
Anda ada bejet lebih? Mini honeymoon agak sesuai untuk aktiviti hujung minggu. Bawa 
pasangan/suami anda jauh dari kesibukan kerja. Tidak perlu jauh pun. Yang penting, anda dapat meluangkan masa berdua bersama.

#7: Movie/Series Marathon
Pasangan dan anda sendiri lebih senang duduk di rumah? Sediakan kudapan kegemaran anda dan si dia: Chicken wings/ sandwic telur/ ayam goreng KFC/ pizza/ rolled sushi/ pisang goreng atau makanan lain. Lepas itu, sertai pasangan anda di sofa, dan enjoy filem/ drama bersiri atau mungkin juga perlawanan team bola sepak si dia. Simple kind of bliss!

COMMENTS

Name

Berita Semasa cinta daging keju keluarga kerjaya kesihatan lasagna Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Zon Wanita: Wow! 7 Idea Untuk Manjakan Lelaki Istimewa Hati Anda
Wow! 7 Idea Untuk Manjakan Lelaki Istimewa Hati Anda
Lelaki, makhluk yang sungguh istimewa. Disebalik jiwa 'keras' mereka, terselit perasaan ingin dimanjakan. Apatah lagi selepas penat bekerja atau semasa harijadi mereka, tentu mereka inginkan layanan yang istimewa. Sifat lelaki memang tidak meminta. Namun sebagai wanita kita harus bijak membaca jiwa mereka. Kami sediakan 7 idea untuk memanjakan lelaki anda.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhG3e09dFKlGBnl1UCt0C3A_4nokMovbO0CClqrEZTKS9-2aty7zBdrA7Giy2mQjUIS05SgzLT5F4qu9AIZhZPsNJkk1uXxPx-DDABmGTjKjyIfNC11g06_JUXy98GRgmcviGJrsgFFBqAx/s640/zw.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhG3e09dFKlGBnl1UCt0C3A_4nokMovbO0CClqrEZTKS9-2aty7zBdrA7Giy2mQjUIS05SgzLT5F4qu9AIZhZPsNJkk1uXxPx-DDABmGTjKjyIfNC11g06_JUXy98GRgmcviGJrsgFFBqAx/s72-c/zw.jpg
Zon Wanita
https://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/wow-7-idea-untuk-manjakan-lelaki.html
https://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/wow-7-idea-untuk-manjakan-lelaki.html
true
3954754528969943134
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago