Kanser serviks terjadi kerana hubungan kelamin dan jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) yang cuma akan dijangkiti melalui hubungan kelamin.
Ramai beranggapan bahawa penggunaan tuala wanita akan dikaitkan dengan kanser serviks. Adakah ianya mitos atau benar-benar fakta?
Kanser serviks terjadi kerana hubungan kelamin dan jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) yang cuma akan dijangkiti melalui hubungan kelamin.
Hubungan kelamin pada usia muda menyebabkan trauma pada pangkal serviks kita, dan memudahkan HPV virus untuk masuk menjangkitinya.
Semakin ramai pasangan kelamin, semakin tinggi risiko untuk mendapat jangkitan HPV. HPV tidak boleh dijangkiti melalui tuala wanita, berkongsi pakaian atau tuala mandi.
Kandungan kimia yang digunakan sebagai peluntur di dalam tuala wanita adalah sangat rendah dan selamat untuk digunakan.
Lagipun, vagina kita mempunyai sistem pertahanannya sendiri seperti mucus dan bentuk anatominya yang unik untuk mengelakkan sebarang kimia daripada naik ke sistem pembiakan kita.
Jika kita hendak menuding jari kepada tuala wanita sebagai punca kanser serviks, cerita ini tidak benar sama sekali.
Kurang kebersihan kelamin juga salah satu sebab terjadinya masalah wanita. Jangkitan kelamin yang berpanjangan akan menyebabkan inflamasi atau radang pada pangkal serviks, seterusnya menyebabkan pembentukan sel-sel abnormal pada serviks. Tambahan lagi jika wanita itu aktif dalam hubungan seksual, keadaan ini akan menyebabkan jangkitan HPV lagi mudah terjadi.
Dengan itu, tidak kira jika anda menggunakan tuala wanita, atau kain biasa atau seluar dalam sahaja, jika anda tidak kerap menukarnya, ini boleh menyebabkan pelbagai jangkitan pada organ wanita terutamanya pelvic inflammatory disease (sejenis jangkitan pada organ pembiakan wanita yang menyebabkan discaj berbau, sakit perut dan susah untuk mengandung)
Ada kajian di Kerala, India, di mana populasinya terlalu miskin untuk membeli tuala wanita. Kebanyakan wanita di situ cuma menggunakan kain biasa dan dicuci untuk digunakan berulang-ulang kali.
Kaji selidik dan pemeriksaan wanita telah dijalankan kepada mereka. Wanita yang menggunakan kain biasa itu mengalami lebih banyak masalah wanita seperti discaj berbau, jangkitan kelamin dan keputusan pap smear yang abnormal. Wanita yang menggunakan tuala wanita pakai buang pula, kurang mendapat masalah ini.
Ini membuktikan bahawa pemakaian kain yang tidak bersih dan kurang penjagaan kebersihan adalah faktor utama kepada masalah wanita.
Dr Mardiana Kipli
Pakar Obstetriks dan Ginekologi Hospital Umum Sarawak
Pensyarah Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Cara pakai tuala wanita perlu dipilih mengikut jenisnya iaitu kadar serapan, gaya, saiz, bentuk dan ketebalan. Tiga faktor ini berperanan penting dalam pemilihan tuala wanita.
Perkara penting perlu anda tahu:
#1 Membasuh tangan terlebih dahulu sebelum memakai tuala wanita kerana kotoran semasa membuka seluar dan memegang tuala wanita lama akan dipindah melalui tangan. Cara pakai tuala wanita yang salah akan menyebabkan mudah dijangkiti pada bahagian faraj anda.
#2 Anda perlu tahu tarikh luput tuala wanita tersebut. Pastikan anda membeli yang mempunyai tarikh luput kerana tuala wanita yang lama akan mempunyai kualiti yang rendah dan dikhuatiri telah terdedah kepada habuk dan bakteria kerana disimpan terlalu lama.
#3 Menggunakan pad yang mempunyai wangi-wangian boleh memberi alahan kepada kulit. Jadi elakkan menggunakan pad terlalu lama kerana boleh mengakibatkan pembiakan bakteria dengan mudah.
Sumber: Sinar Harian

Mahu info lanjut tentang tips memilih dan memakai tuala wanita? Klik di sini