Siapa suka Cheezy Wedges sila angkat tangan! Tapi, kalau hari-hari membeli di KFC agak besar belanja. Apa kata cuba buat Homemade Cheezy Wedges di rumah. Jimat. Namun rasa tetap umphhh!
Siapa suka Cheezy Wedges sila angkat tangan! Tapi, kalau hari-hari membeli di KFC agak besar belanja. Apa kata cuba buat Homemade Cheezy Wedges di rumah. Jimat. Namun rasa tetap umphhh!
Bahan-bahan
- 6 Biji Kentang (Cuci sampai bersih , potong 6 @ 8 & rendam dulu dalam air panas selama 10 minit)
- 1 Kiub Pati Ayam
- 1 Sdb Garam
- 1 Cawan Tepung Gandum
- 3 Sdt Serbuk Lada Hitam
Cara-cara
1. Rebus kentang bersama 1 kiub pati ayam & garam.Rebus separuh masak je ye.
2. Toskan kentang yg dah direbus tadi sampai kering.
3. Kemudian masukkan tepung gandum & serbuk lada hitam yang dah digaul bersama ke dalam kentang td.Biarkan selama 20 minit.Dan goreng sampai warna kuning keemasan.
Sos Cheezy Wedges
Bahan-bahan
- 3 Sdb Butter
- 250 Ml Susu Segar/Susu Cair
- 1 Sdb Tepung Gandum
- 1/2 Kiub Pati Ayam
- 1 Sdt Serbuk Lada Hitam
- 1 Sdt Serbuk Lada Putih
- 1/2 Cawan Cream Cheese
- 1 Sdt Pewarna Kuning
Cara-cara
1. Cairkan butter terlebih dahulu.Kemudian baru masukkan susu segar , tepung gandum , kiub pati ayam , serbuk lada hitam & putih.Gaul sampai sebati. Masukkan cream cheese & pewarna kuning.Gaul lagi sampai sos pekat sedikit & terus tutup api.Biarkan sejuk dulu.
2. Bila sos cheezy dah sejuk, blendkan sos cheezy tadi sampai halus.
♥♥♥SELAMAT MENCUBA♥♥