Sudah lama mencari resepi rahsia kentang KFC atau McD yang sedap dan rangup. Rupanya mudah sahaja dan bahannya pun simple di dapur. Jom buat kentang goreng rangup ala KFC/McD
Sudah lama mencari resepi rahsia kentang KFC atau McD yang sedap dan rangup. Rupanya mudah sahaja dan bahannya pun simple di dapur.
Jom buat kentang goreng rangup ala KFC/McD
- Kentang
- Tepung serbaguna
- Garam
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
- Potong kentang secara jejari
- Rebus kentang bersama sedikit garam
- Rebus sampai 1/2 masak dan tos kan
- Kemudian gaul kentang bersama tepung serbaguna
- Goreng sehingga masak atau kekuningan
- Sedia untuk dihidangkan
Nota : Kentang juga boleh terus goreng tanpa direbus terlebih dahulu.