Datang bulan atau haid (period) adalah fitrah bagi seorang wanita. Ketika haid, tuala wanita menjadi teman rapat. Tetapi, tahukah kita tuala wanita yang salah bakal mengundang pelbagai risiko penyakit wanita?

Keputihan melampau, radang rahim, jangkitan seperti endometritis, bau busuk, jangkitan saluran kencing, kerap kencing, otot rahim longgar dan kawasan intim tidak produktif antaranya merupakan masalah yang berlaku akibat daripada pemilihan pad yang salah.
Kajian kanser rahim dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan 80 peratus daripada wanita di dunia ini menghidapi penyakit genekologi yang berbeza tahap.
Sebanyak 75 peratus daripada penyakit ginekologi adalah disebabkan oleh penjagaan yang tidak betul semasa haid dan penggunaan tuala wanita yang tidak berkualiti.
Keputihan itu asid
Masalah paling biasa dihidapi wanita adalah keputihan. Ramai wanita beranggapan keputihan itu perkara biasa. Lebih-lebih lagi apabila berasakan keputihan yang dialami tidak berbau dan tidak berwarna. Sedangkan hakikatnya keputihan adalah asid, dan asid fungsinya merosakkan.
Buktinya? Kalau keputihan terkena seluar dalam pun terkoyak!
Pembuatan tuala wanita juga dikaitkan dengan penggunaan kertas, pulpa kayu dan bahan kimia yang bersifat kekal. Bahan kimia yang digunakan dalam tuala wanita mengakibatkan tuala wanita kelihatan putih bersih dan tampak selesa sedangkan proses pelunturan menggunakan kimia tersebut menghasilkan bahan penyebab kanser disebut dioksin.
Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa telah mengelaskan dioksin sebagai karsinogen kelas pertama kepada manusia. Kajian menunjukkan walaupun kandungan dioksin dalam tahap yang rendah ia masih mampu menyebabkan kanser dan pelbagai sakit puan yang lain.
Namun hendak mengelakkan tuala wanita seratus peratus adalah mustahil. Pada zaman ini kita tidak seperti masa lalu di mana orang dulu-dulu membuat tuala wanita sendiri sama ada menggunakan perca kain ataupun tuala bersih.
Peredaran zaman menyebabkan wanita dicemburui masa, justeru, pada saat-saat genting didatangi haid, tuala wanita siap adalah pilihan utama.
Tips memakai tuala wanita lebih selesa
Pernahkah anda rasa kegatalan, kepanasan dan kesakitan ketika haid? Boleh jadi apa yang berlaku itu adalah disebabkan pemakaian tuala wanita yang tidak telus udara.
Maka, memilih tuala wanita yang sesuai dan mengekalkan ciri-ciri kesihatan adalah penting untuk wanita mengelakkan masalah tersebut.
Pilihlah tuala wanita yang terbukti ciri-ciri kebersihan dan keselamatannya. Semak label pembuatan dan tarikh luput serta penggunaan bahan-bahan pembuatannya
Merujuk kepada mereka yang lebih pakar adalah tindakan yang baik sekiranya anda mempunyai kemusykilan mengenai sesuatu produk berkaitan wanita.
Berikut antara langkah pemakaian pad yang selesa dan selamat:-
#1. Cuci tangan sebelum dan selepas

Mencuci tangan sebelum memakai pad adalah langkah terbaik bagi mengelakkan bakteria pada tangan terkena pad yang mahu dipakai. Cuci pad sebelum buang juga adalah disyorkan untuk kebersihan.
#2. Pilih pad berbungkus kedap
Udara yang kedap akan mengelakkan pembiakan bakteria dalam tuala wanita. Justeru pastikan pad yang anda beli dibungkus rapi.
#3. Pakai ketika duduk
Memakai pad ketika berdiri akan membuatkan anda berbongkok dan pemakaian pad tidak kemas.
#4. Selalu tukar
Selalu tukar tuala wanita selepas beberapa jam untuk mengelakkan jangkitan kuman. Jangan pakai terlalu lama kerana semakin lama anda pakai semakin banyak bakteria berkumpul dan berpeluang merebak ke bahagian pangkal rahim anda.
#5. Pakai seluar longgar
Memakai seluar longgar akan memberikan pengudaraan yang lebih baik untuk keselesaan anda.

#6. Tips membeli
Perkara penting yang hendak disampaikan di sini ialah, elakkan dari membeli pad yang dibuat dari kertas kitar semula. Bagaimana mengenal pasti sama ada pad anda dari bahan kitar semula adalah dengan cara membuat uji kaji sendiri. Buka pad anda dan rendamkan di dalam semangkuk air.
Jika anda mendapati pad tersebut berkepul-kepul seperti kertas, ia adalah dari bahan kitar semula. Pad jenis ini juga menimbulkan bau yang amat busuk.
Tips ketika membeli pad ialah, jangan sesekali membeli pad pada harga murah dan tawaran istimewa dua atau tiga pek dalam satu harga kerana dikhuatiri pad tersebut telah tamat tempoh.
Kebanyakan pad yang ditawarkan pada harga sebegini tidak mempamerkan tarikh luput. Sila semak untuk keselamatan anda.
#7. Minimumkan penggunaan pad
Sebenarnya menggunakan pad pasaran atau yang dibuat sendiri pun belum tentu menjamin keselamatan. Kerana itulah kita sebagai wanita dinasihatkan untuk kerap menukar tuala wanita ketika haid serta mengelakkan penggunaan panty liner.
Ini bagi membolehkan alat sulit kita mendapat pengudaraan yang baik dan tidak terperap dalam jangka masa lama. Bakteria akan cepat membiak pada pad yang kotor.
Kadangkala jika berasakan gatal-gatal pada alat sulit, kita patut cepat-cepat sedar bahawa gatal itu berkemungkinan puncanya dari bakteria yang sudah wujud pada tuala wanita. Teruslah salin dan elakkan menggunakan jenama sama pada masa akan datang.
#8. Tukar jenama yang lebih baik
Sebagai langkah pencegahan, pastikan pad yang di beli dari fabrik kapas. Tukar jenama sehingga anda bertemu dengan jenama yang betul-betul selesa dan dipercayai.
Pemilihan pad sama pentingnya dengan pemilihan lampin pakai buang untuk bayi kita. Seperti mana bayi yang perlukan lampin terbaik, begitu juga diri kita.
Walau pun kita wanita tidak memakainya setiap hari tetapi kita memakainya dalam keadaan basah dengan darah. Jangkitan akan mudah berlaku pada pad yang basah.