Archive Pages Design$type=blogging

Seksi, Aktif Dan Menyeronokkan Dengan Tarian Zumba

Pergerakan dance Zumba workout itu memang seksi dan membuat wanita-wanita berasa cantik dan menarik. Goyang gitu. Ia merupakan rutin 'workout' yang mempunyai banyak kebaikan.

Pergerakan dance Zumba workout itu memang seksi dan membuat wanita-wanita berasa cantik dan menarik. Goyang gitu. Ia merupakan rutin 'workout' yang mempunyai banyak kebaikan.

Zumba merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang choreography pada tahun 1990an sebagai program kecergasan di Colombia dan dari itu, Zumba telah menjadi popular. Tarian kecergasan Zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan anda juga disamping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya.

Apa seronoknya Zumba selain menjadikan tubuh badan langsing dan 'fit' ini? Entri kali ini dedah kebaikan Zumba yang pastinya akan membuatkan anda terus berzumba hari ini!

#1. Turun Berat Badan
Tarian Zumba membantu meningkatkan kadar sistem kardiovaskular di mana ia membantu melawan 'kewujudan' lemak-lemak yang tidak diingini. Jangan tidak tahu, Zumba mampu membakar kalori sekitar 600 hingga 1000 kalori. Banyak juga, bukan?

#2. Badan Lebih Tegap
Jika anda terus ber-zumba setiap hari secara berdisiplin, anda boleh mendapatkan tubuh badan yang lebih tegap. Rentak muzik yang menggerakkan tubuh anda membuatkan otot tubuh tegang dan kuat tanpa anda sedari.

#3. Memperoleh Rakan Baru
Menghadiri kelas Zumba turut membantu anda berinteraksi dengan lebih ramai rakan baru yang 'gila-gila' menari! Bayangkan jika anda menghadiri kelas Zumba dua atau tiga kali seminggu, lebih ramai rakan anda kenali malah Zumba boleh mengawal sikap pemalu anda.

#4. Lebih Bertenaga & Seronok
Tidak seperti senaman lain, Zumba lebih menyeronokkan kerana menari mengikut rentak muzik yang rancak, moden dan bertenaga. Jika anda penggemar muzik, anda bukan saja boleh menyanyi dan mendengar tetapi menari seolah-olah anda berada pertandingan menari!

#5. Pelepas Tekanan
Zumba merupakan senaman sempurna untuk anda melepaskan tekanan malah ada yang mengatakan ia lebih baik dari terapi. Muzik rancak dan pergerakan bebas mampu melepaskan mood yang meningkatkan hormon endorfin.

#6. Sesuai Semua Usia
Tentunya Zumba sesuai untuk semua peringkat umur kerana menggabungkan kesemua elemen seperti muzik dan pergerakan bertenaga. Malah, kini sudah ada program Zumba khusus untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Zumbatonic yang menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan sihat.

Muzik latin adalah muzik yang paling popular dan kerap digunakan oleh kelas-kelas Zumba ekoran langkah dan pergerakan yang sesuai dengan rentak. Sudah bersedia untuk berzumba? 


COMMENTS

Name

Berita Semasa cinta daging keju keluarga kerjaya kesihatan lasagna Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Zon Wanita: Seksi, Aktif Dan Menyeronokkan Dengan Tarian Zumba
Seksi, Aktif Dan Menyeronokkan Dengan Tarian Zumba
Pergerakan dance Zumba workout itu memang seksi dan membuat wanita-wanita berasa cantik dan menarik. Goyang gitu. Ia merupakan rutin 'workout' yang mempunyai banyak kebaikan.
https://i.ytimg.com/vi/7EIzQHdO_d4/hqdefault.jpg
https://i.ytimg.com/vi/7EIzQHdO_d4/default.jpg
Zon Wanita
https://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/tarian-zumba-seksi-aktif-dan.html
https://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/tarian-zumba-seksi-aktif-dan.html
true
3954754528969943134
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago