Archive Pages Design$type=blogging

Resepi Cara-cara Membuat Puding Sedut Pelangi

Puding sedut atau puding siruk ini adalah puding yang terlalu lembut teksturnya. Oleh sebab itu dia lebih mudah di nikmati dengan menggunakan straw. Sedap tau puding ni. Anda boleh mempelbagaikan perisanya mengikut citarasa masing-masing. Cara membuatnya juga cukup mudah dan pasti menjadi kesukaan anak-anak. Ia lebih kurang macam dadih jugak lah kan.. tapi lebih lembut lagi dari dadih.


Puding sedut atau puding siruk ini adalah puding yang terlalu lembut teksturnya. Oleh sebab itu dia lebih mudah di nikmati dengan menggunakan straw. Sedap tau puding ni. Anda boleh mempelbagaikan perisanya mengikut citarasa masing-masing.

Cara membuatnya juga cukup mudah dan pasti menjadi kesukaan anak-anak. Ia lebih kurang macam dadih jugak lah kan.. tapi lebih lembut lagi dari dadih.

Jom ikut admin masuk dapur dan kita pelajari kaedah penyediaan puding sedut atau puding siruk yang sedang hangat di pasaran ini.

Bahan-bahan
1 sudu teh serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair atau susu segar
1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
pewarna makanan
esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste / emulco atau lain-lain perisa



Cara-cara
1. Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk.  Kacau rata
2. Masak atas dapur hingga mendidih
3. Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisa
Contoh ~ warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau dengan paste pandan, warna kuning dengan pineapple dan pink dengan strawberry
4. Sediakan botol kaca secukupnya
*Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'
*Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam botol dan sejukkan
*Untuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh hijau di bahagian dasar botol dan sejukkan. Bila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warna

*Untuk Nescafe atau Milo pula, bila agar-agar dan mendidih, ambil dalam 2 senduk tuang dalam cawan atau mangkuk. Kemudian letakan serbuk Nescafe atau Milo mengikut citarasa. Kacau rata dan kemudian tuangkan dalam adunan yang lain dan sebatikan. Barulah tuang dalam botol dan dinginkan
5. Sejukkan dalam peti ais dan hidangkan dingin dengan straw

COMMENTS

Name

Berita Semasa cinta daging keju keluarga kerjaya kesihatan lasagna Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Zon Wanita: Resepi Cara-cara Membuat Puding Sedut Pelangi
Resepi Cara-cara Membuat Puding Sedut Pelangi
Puding sedut atau puding siruk ini adalah puding yang terlalu lembut teksturnya. Oleh sebab itu dia lebih mudah di nikmati dengan menggunakan straw. Sedap tau puding ni. Anda boleh mempelbagaikan perisanya mengikut citarasa masing-masing. Cara membuatnya juga cukup mudah dan pasti menjadi kesukaan anak-anak. Ia lebih kurang macam dadih jugak lah kan.. tapi lebih lembut lagi dari dadih.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5vio2iONWtXLWVopuYKaDFHpve1IP2_c50VzbhV8i8pxQqSI2m28_apmGraWlgvKpHQBBIV3fJznMPRfO9VTpcB7jjIKsm1AUb2Tq-JJWoOU711cGN_Ugh4FCNz4TcDT2kpv6OA49iyKC/s640/wanita+pudding+1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5vio2iONWtXLWVopuYKaDFHpve1IP2_c50VzbhV8i8pxQqSI2m28_apmGraWlgvKpHQBBIV3fJznMPRfO9VTpcB7jjIKsm1AUb2Tq-JJWoOU711cGN_Ugh4FCNz4TcDT2kpv6OA49iyKC/s72-c/wanita+pudding+1.jpg
Zon Wanita
https://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/resepi-cara-cara-membuat-puding-sedut.html
https://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/resepi-cara-cara-membuat-puding-sedut.html
true
3954754528969943134
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago