Archive Pages Design$type=blogging

Cream Puff Tidak Enak? Ketahui Resepi dan 6 Tips Di Sini

Cream Puff memang sedap dihidangkan untuk jamuan minum petang. Resepinya pun sangat mudah. Tapi jika salah langkah membuatnya, cream puff tidak akan menjadi contohnye adunan padat dan tiada berongga.

Cream Puff memang sedap dihidangkan untuk jamuan minum petang. Resepinya pun sangat mudah. Tapi jika salah langkah membuatnya, cream puff tidak akan menjadi contohnye adunan padat dan tiada berongga.

Di sini ada sedikit tips yang boleh dipraktikkan untuk menghasilkan cream puff yang gebu dan lazat. 

Ada beberapa perkara yg perlu kita ambil perhatian:
 
*sukatan bahan yang tepat
*cara kita satukan adunan ikut step yang betul
*cara kita bakar dalam oven


RESEPI CREAM PUFF

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan butter
4 biji telur
Sedikit vanila, gula & garam

Cara-cara

#1. Campurkan butter, air, garam, vanila & gula dlm kuali @ periuk. Masak hingga mendidih

#2. Bila mendidih, tutup api & masukkan tepung. Kacau cepat-cepat sehingga adunan tidak melekat & jadi doh

#3. Biarkan doh sejuk (dalam 10-15minit)

#4. Masukkan telur (pukul sikit dengan garfu)

#5. Bila doh sudah betul-betul sejuk, guna mixer masukkan telur sedikit demi sedikit. Pukul hingga adunan menjadi lembut & sesuai utk dipaipkan nanti

#6. Kemudian paipkan ke dalam dulang untuk dibakar (pastikan dulu dilapik kertas minyak untuk memudahkan kita angkat bila sudah siap)

#7. Jarakkan sikit antara satu sama lain kerana cream puff ni akan mengembang

#8. Sebelum masuk dalam oven, spraykan air ke atas cream puff (fungsinya air akan bertukar menjadi wap yang boleh membantu puff membentuk rongga di tengah-tengah)

#9. Sebelum proses membakar, pastikan kita panaskan dulu oven kita selama 10-15 minit. Untuk cream puff ni, cara kita bakar juga sangat penting untuk memastikan puff kita menjadi.

PRA -panaskan oven
AWAL- guna api atas bawah (suhu 200°-220°c) 15-20minit
AKHIR- guna api atas bawah (suhu 150°-190°c) 10-15minit


*Untuk suhu oven ini sebenarnya bergantung kepada oven kita sendiri, sebab ada pelbagai jenama & usia oven yang memainkan peranan

*Untuk buat cream puff cara bakar, peringkat awal perlu suhu tinggi & peringkat akhir perlu suhu rendah sikit.


Tips:

#1
. Selepas adunan butter, air & tepung gandum dimasak atas api hingga pekat..perlu BETUL-BETUL SEJUK dahulu sebelum memasukkan telur. Sekiranya doh masih panas, cream puff akan menjadi padat.

#2. Jarakkan sedikit antara cream puff kerana puff akan kembang apabila masak

#3. Sebelum bakar cream puff, spray sedikit air ke atas cream puff supaya cream puff yang terhasil akan berongga

#4. Cara bakar : panaskan oven (pra) - suhu tinggi(awal)-suhu rendah(akhir)

#5. Jangan buka pintu oven terlalu kerap kerana boleh menyebabkan puff kita penyek

#6. Bila sudah masak, sejukkan sekejap. Kemudian potong bahagian tengah untuk letak filling/inti pilihan masing2.


COMMENTS

Name

Berita Semasa cinta daging keju keluarga kerjaya kesihatan lasagna Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Zon Wanita: Cream Puff Tidak Enak? Ketahui Resepi dan 6 Tips Di Sini
Cream Puff Tidak Enak? Ketahui Resepi dan 6 Tips Di Sini
Cream Puff memang sedap dihidangkan untuk jamuan minum petang. Resepinya pun sangat mudah. Tapi jika salah langkah membuatnya, cream puff tidak akan menjadi contohnye adunan padat dan tiada berongga.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSdm-qOxVh2dwHYAUcK8kPNSGq0udQk3X6X4CVkSlpvG5Tj91yeFhwZkc5Gi5LIYPcbqudVOg0I30eJ_9oA7LcO7sz3vMCVoa_fwI_YAAXecCeOFKKtosn8vPOp4574IpyxXJGJGbVZBCZ/s640/Cherry_Chocolate_Cream_Puffs_f.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSdm-qOxVh2dwHYAUcK8kPNSGq0udQk3X6X4CVkSlpvG5Tj91yeFhwZkc5Gi5LIYPcbqudVOg0I30eJ_9oA7LcO7sz3vMCVoa_fwI_YAAXecCeOFKKtosn8vPOp4574IpyxXJGJGbVZBCZ/s72-c/Cherry_Chocolate_Cream_Puffs_f.jpg
Zon Wanita
https://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/cream-puff-tidak-enak-ketahui-resepi.html
https://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/cream-puff-tidak-enak-ketahui-resepi.html
true
3954754528969943134
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago