Archive Pages Design$type=blogging

10 Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil

Kebanyakan makanan adalah selamat untuk dimakan, namun terdapat beberapa makanan yang perlu dielakkan semasa hamil kerana khuatir dapat membahayakan kesihatan bayi anda.

Makan makanan yang seimbang adalah penting pada setiap masa, tetapi ia adalah lebih penting apabila anda hamil. Terdapat nutrien penting, vitamin, dan mineral yang diperlukan untuk perkembangan bayi dalam kandungan anda.

Kebanyakan makanan adalah selamat untuk dimakan, namun terdapat beberapa makanan yang perlu dielakkan semasa hamil kerana khuatir dapat membahayakan kesihatan bayi anda. Ada pepatah mengatakan bahawa mencegah itu lebih baik dari mengubati dan berikut merupakan antara makanan yang mungkin berisiko untuk diambil semasa hamil.


#1. Daging mentah.
Makanan laut, daging dan juga ayam yang tidak dimasak atau tidak dimasak sepenuhnya perlu dielakkan kerana risiko pencemaran dengan bakteria koliform, toxoplasmosis dan juga salmonella. Ibu mengandung berisiko tinggi untuk mendapat keracunan makanan akibat penurunan daya imum semasa hamil.

Mungkin di Malaysia tidak menjadi kebiasaaan untuk makan makanan mentah atau separuh masak tetapi risiko tetap ada memandangkan asimilasi budaya pemakanan seperti makanan barat atau mungkin sushi dari jepun.

#2. Daging deli.
Deli daging biasanya diperbuat daripada daging dari haiwan yang diberikan hormon pertumbuhan, antibiotik dan ubat-ubatan. Daging ini juga biasanya mengandungi sodium nitrit dan perasa kimia dan pewarna.

Daging deli telah diketahui bahawa dicemari dengan bakteria listeria,yang boleh menyebabkan keguguran. Listeria juga mempunyai kebolehan untuk merentasi plasenta dan boleh menjangkiti bayi yang boleh membawa kepada jangkitan atau keracunan darah, yang boleh mengancam nyawa.

Jika ingin juga makan daging deli, pastikan anda memanaskan dahulu daging tersebut sehingga masak sepenuhnya, tetapi seeloknya elakkan dahulu makan ketika hamil.

#3. Ikan dengan kandungan merkuri yang tinggi.
Ikan dengan kandungan merkuri yang tinggi perlu dielakkan. Merkuri yang dimakan semasa hamil dikaitkan dengan kelewatan perkembangan dan kerosakan otak.

Antara ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi ialah ikan yu, ikan todak, ikan kembung raja, ikan kerapu, ikan hiu, ikan tuna kuning dan ikan marlin. Semakin tinggi kedudukan ikan dalam rantai makanan semakin banyak kandungan merkuri yang terdapat dalam ikan tersebut.

#4. Kerang-kerangan mentah.
Majoriti penyakit bawaan makanan laut berpunca dari kerang-kerangan mentah seperti kerang,tiram,dan kepah. Proses memasak mungkin boleh membntu dalam nyah-bakteria, tetapi ia tidak menghalang jangkitan berkait dengan alga.

#5. Telur mentah.
Telur mentah atau separuh masak mungkin mengandungi bakteria salmonella. Bakteria ini mampu menyebabkan keracunan makanan yang teruk. Pastikan setiap masakan berkaitan dengan telur mesti dimasak dengan sepenuhnya bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini.

#6. Keju lembut.
Keju lembut yang diimport mungkin mengandungi bakteria Listeria, yang boleh menyebabkan keguguran. Antara keju lembut yang dipercayai mungkin mempunyai Listeria ialah seperti brie, Camembert, Roquefort, Feta, dan Gorgonzola.

#7. Susu yang tidak dipasteur.
Susu sebegini juga mungkin mempunyai bakteria Listeria. Pastikan susu yang diminum ialah susu yang dipasteur.

#8. Kafein.
Walaupun kebanyakan kajian menunjukkan bahawa pengambilan kafein dalam kesederhanaan adalah OK, ada yang mengatakan bahawa pengambilan kafein mungkin berkaitan dengan keguguran. Elakkan kafein semasa trimester pertama untuk mengurangkan kemungkinan keguguran.

Sebagai peraturan umum, kafein harus dihadkan kepada kurang daripada 200 mg setiap hari semasa mengandung. Kafein adalah diuretik, yang bermakna ia membantu menghapuskan air dari badan. Ini boleh menyebabkan kehilangan air dan kalsium.

Ia adalah penting bahawa anda minum banyak air, jus, dan susu dan bukannya minuman berkafein. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa sejumlah besar kafein dikaitkan dengan keguguran, kelahiran pra-matang, berat lahir rendah, dan gejala pada bayi. Perkara yang paling selamat adalah untuk menahan diri dari mengambil kafein.





















#9. Alkohol.
Pengambilan alcohol semasa hamil dapat menggangu perkembangan bayi dalam kandungan. Selain itu, pendedahan alkohol kepada bayi dalam kandungan boleh membawa kepada Fetal Alcohol Syndrome.


#10. Sayur-sayuran yang tidak dibasuh.
Sayur-sayuran adalah selamat untuk dimakan tetapi pastikan sayur yang ingin dimasak dibasuh dahulu kerana mungkin terdapat bakteria Toxoplasmosis. Bakteria Toxoplasmosis boleh membawa mudarat kepada ibu dan juga bayi dalam kandungan.

COMMENTS

Name

Berita Semasa cinta daging keju keluarga kerjaya kesihatan lasagna Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Zon Wanita: 10 Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil
10 Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil
Kebanyakan makanan adalah selamat untuk dimakan, namun terdapat beberapa makanan yang perlu dielakkan semasa hamil kerana khuatir dapat membahayakan kesihatan bayi anda.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjUQXTTDC0wg8_7Ob8pq2sks1vZ9vgJkWU1-tQ9-iMCxnUmURPGs_v7xfJQ-OGbJCvzsJLWIJVXSxlYsM8yZwJmhS-RXfzsxC4qFLjrSDK348LvpoiR-QHPaTqjQdKj_XX1IY7LFZKE1i7/s640/Pregnant-Woman.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjUQXTTDC0wg8_7Ob8pq2sks1vZ9vgJkWU1-tQ9-iMCxnUmURPGs_v7xfJQ-OGbJCvzsJLWIJVXSxlYsM8yZwJmhS-RXfzsxC4qFLjrSDK348LvpoiR-QHPaTqjQdKj_XX1IY7LFZKE1i7/s72-c/Pregnant-Woman.jpg
Zon Wanita
https://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/10-makanan-yang-perlu-dielakkan-semasa.html
https://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/10-makanan-yang-perlu-dielakkan-semasa.html
true
3954754528969943134
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago