Archive Pages Design$type=blogging

Nikah Di Usia Muda, Doktor Ini Beri Sebab Untuk Tidak Takut Hidup Susah

Kami nikah masa umur 22 tahun. Ramai orang kata, terlalu awal dan terlalu muda. Ada jugalah yang mempertikaikan kematangan saya untuk menjadi seorang suami pada usia sebegitu. Ada jugalah yang mempersoalkan kesediaan si isteri untuk menghadapi susah senang bersama saya yang masih berstatus “pelajar” pada masa itu.

Nota Editor: Perkongsian ini adalah daripada Dr Syahrul Fitri di Facebook beliau yang merupakan seorang graduan PhD in Medicine dan 2 ijazah sarjana muda dari Australia.


Penulisan ini adalah daripada pengalaman beliau yang telah bernikah semasa masih belajar. Juga juga seorang yang minat menulis dan telah penerbitkan karya pertama beliau bertajuk “Isteri Untuk Dia”.
JANGAN TAKUT UNTUK HIDUP SUSAH
Kami nikah masa umur 22 tahun. Ramai orang kata, terlalu awal dan terlalu muda. Ada jugalah yang mempertikaikan kematangan saya untuk menjadi seorang suami pada usia sebegitu. Ada jugalah yang mempersoalkan kesediaan si isteri untuk menghadapi susah senang bersama saya yang masih berstatus “pelajar” pada masa itu.


Life as students. To add, life as married students. Bergantung hidup pada nilaischolarship ‘bujang’ walaupun beristeri menjadikan hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Memanglah susah. Segala benda tak cukup sempurna.

Selepas nikah di Kelantan (Malaysia), kami terbang memulakan hidup di Adelaide (Australia) untuk saya habiskan pengajian degree berbaki satu tahun lagi (Honours year).
Pernah terjadi episod berjimat-cermat sebab scholarship hanya tinggal AUD $100 untuk 20 hari seterusnya selepas bayar semua bil keperluan, hantar sedikit untuk ibu bapa di kampung, isytirakat (sedekah/infaq kepada amal dakwah dan tarbiyyah) dan pelbagai sehingga si suami terpaksa ponteng universiti untuk kerja part-time pizza delivery, walaupun esoknya ada oral presentation dan si isteri mengambil upah menjaga anak-anak kawan walaupun sedang kurang sihat.
Ia cukup mencabar diri dan menjadi warna-warni kehidupan yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila.
Cubalah bayangkan bidadari saya ini yang disahkan mengandung 2 bulan (anak pertama) terpaksa pulang seorang diri ke Malaysia pada 21 November 2010 supaya kesihatannya dan kandungan dapat dijaga lebih baik bersama keluarga di kampung kerana sukarnya kehidupan kami di Australia pada masa itu.
Tidaklah hidup melarat sampai nak makan pun tiada duit. Tetapi wujud kesukaran yang menyebabkan ‘berpisah buat sementara waktu’ adalah lebih baik pada masa itu. Makan nasi berlauk ayam dan sayur, bolehlah.
Tetapi nak beli buah, vitamin supplements, itu ini tak mampulah sebab di sini mahal-mahal semuanya. Rasa malu, sedih, semua ada. Rasa macam suami tak guna pun ada. Tetapi saya pesan kepada isteri dan diri sendiri, “Fikir positif! Allah swt kan ada sokmo!” dan dalam kekalutan itu, we moved on.
For the record, masa hantar isteri ke airport, saya tak menangis pun, of course!Namun teringatkan air mata si isteri di departure hall Adelaide International Airport sebentar tadi itu ‘paksa’ saya untuk mengeluarkan air mata dalam perjalanan ke rumah. Jujurnya, malam itu saya tak dapat tidur pun kerana r_n_u (Please fill in the blanks).

Ini foto 4 tahun yang lalu kami bersama cahaya mata pertama pada hari majlis konvokesyen di The Students’ Learning Hub, The University of Adelaide, Australia.
Pada tarikh ini (21 November 2010), isteri saya punya Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan saya sendiri punya dua sijil Ijazah Sarjana Muda (yang dicapai dalam masa 4 tahun pengajian), satu sijil nikah dan satu sijil kelahiran anak, dan juga berstatus pelajar PhD tajaan penuh biasiswa.
Esok paginya 22 November 2010 lega apabila isteri telah selamat sampai di Kelantan dan pada pagi yang sama saya menduduki ujian viva untuk Honours project saya.
Pagi sebagai seorang ‘bujang semula’ tidak sempatlah nak breakfast kerana isteri tiada di sisi untuk sediakan. Saya beritahu isteri, “Jangan risau. Abang OK and all ready for the big day today!” Hakikatnya, dengan perut kosong itulah naik bas seorang diri ke universiti, lakukan final oral presentation diikuti beberapa jam sesi viva.
Jam 2 petang settle semua, badan menggigil kelaparan. Barulah terkejar-kejar cari sesuatu untuk isi perut sehinggakan saya habiskan minum satu gelas hot chocolate drink walaupun sebenarnya saya tak makan/minum coklat. First time! Lapar punya pasal.
Pada jam 4.30 petang pihak universiti melalui supervisor saya yang datang sendiri berjumpa saya memberitahu keputusan saya mendapat First Class Honours dengan CGPA 7.00/7.00. Allahu Allah. Sujud syukurlah, of coursedan cepat-cepat beritahu isteri dan keluarga di kampungMesti pelik, kan, kenapa saya kongsi sedikit kisah saya ini di sini? Ada sebabnya.Hari ini adalah hari ke-dua ribu lima puluh kami bergelar suami isteri. Ya, anda tidak silap membacanya. Hari ini hari ke-2050 dan secara jujurnya saya masihstruggle dengan kehidupan.
Ya, saya punya pelajaran namun gajinya belum stabil, belum ada kereta sendiri, rumah pun tiada apatah lagi aset-aset lain yang sedap dipandang.
Nak beli baju sehelai pun saya buat kira-kira sampai penuh dua helai kertas saiz A4. Huhu. Dan si isteri yang bersama saya dalam setiap kesukaran saya itu sedang bersama saya dalam kesukaran saya pada hari ini. Subhanallah, syukur alhamdulillah.
Sepanjang kami menjadi suami dan isteri, saya tidak pernah berikan rumah yang besar, kereta yang besar, duit yang besar kepada isteri. Tetapi saya berikan hati yang besar, jiwa yang besar dan kejujuran yang besar kepada isteri.
Bidadari saya ini juga memberikan hati yang besar, jiwa yang besar dan kasih sayang yang besar kepada saya sebagai suaminya. Sebab inilah kenangan-kenangan sebegini mengusik jiwa saya.

Bidadari saya ini pernah berseloroh, “Bilalah nak merasa hidup senang seperti orang lain. Nak juga merasa itu ini (apabila melihatkan rakan-rakan, ikhwah akhawat dan kenalan-kenalan yang berjaya-berjaya).”
Dengan rendah diri saya cetuskan ikhlas daripada hati, “Masa Abang tiada duit, masa Abang sakit, masa Abang sempit, Abang lebih banyak ingat Allah swt apabila mengalami kesusahan.
Masa Abang tiada duit, masa Abang sakit, masa Abang sempit, Abang dapat rasa kasih sayang dan cinta yang sangat kuat lahir daripada Sayang apabila Sayang bersama Abang dan menjaga Abang.
Mungkin Allah swt belum senangkan kehidupan kita kerana Allah swt tak mahu Abang lupa Allah swt dan lupa isteri, lupa ibu bapa, lupa keluarga, lupa anak-anak. Biarlah sukar sebegini dahulu asalkan ada kesayangan-kesayangan semua di sisi. Esok-esok apabila kita sudah sedia, Allah swt pasti senangkan kehidupan kita.”
Selalunya kalau bidadari saya ini membalas dengan air mata, saya biarkan sahaja. Saya menganggap setiap titis air matanya sebagai jawapan janji dia sanggup menemani saya. (Sebenarnya tak reti nak pujuk. Eh? Heheh).
Kenapa saya menulis coretan ini? Ini sebab utamanya. Saya nak pesan kepada pasangan suami isteri atau bakal suami isteri yang membaca celoteh ini; JANGAN TAKUT UNTUK HIDUP SUSAH. Usah tangguh nikah kerana takut tak mampu nak sara isteri.
Tetapi takutlah dengan dosa-dosa ber-couple, ber-dating walaupun sekadardating secara online dan tidak berjumpa fizikal. Takutlah untuk buat dosa. Takut untuk nikah buat apa?
Bersusah-payah sebagai suami isteri menjanjikan kebahagiaan yang tidak dapat dicapai dengan cara lain. Inilah warna-warni dan resepi kejayaan kita yang akan kita kenang pada hari esok.
Nampak senang ke untuk mendapat semua ini? TIDAK. Hakikatnya, jalannya SUSAH. Kisah tak tidur malam, kisah ikat perut, kisah itu kisah ini. Tetapi, JANGAN TAKUT UNTUK HIDUP SUSAH.
Banyak kisahnya sampai boleh dibukukan jika ditulis dengan elok. Terasa mahu kongsi satu per satu cerita kerana mahu kongsi manfaatnya. Tetapi hati selalu risau takut-takut tidak dibaca orang.

COMMENTS

Name

Berita Semasa cinta daging keju keluarga kerjaya kesihatan lasagna Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Zon Wanita: Nikah Di Usia Muda, Doktor Ini Beri Sebab Untuk Tidak Takut Hidup Susah
Nikah Di Usia Muda, Doktor Ini Beri Sebab Untuk Tidak Takut Hidup Susah
Kami nikah masa umur 22 tahun. Ramai orang kata, terlalu awal dan terlalu muda. Ada jugalah yang mempertikaikan kematangan saya untuk menjadi seorang suami pada usia sebegitu. Ada jugalah yang mempersoalkan kesediaan si isteri untuk menghadapi susah senang bersama saya yang masih berstatus “pelajar” pada masa itu.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8qTWpxKk5a9wMqxIlDJaY1heeB4B3Qfp5vIdHUQmmIPzQT5J49yG_uM9lJiexTdhqHnFoLljZP6MQ7mTTaXYzE0tvqhIELQImv7JjSUKckyxewU9CWuY1r7WZRzRMddrEvTEsGxZkkK0E/s640/1+%25281%2529.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8qTWpxKk5a9wMqxIlDJaY1heeB4B3Qfp5vIdHUQmmIPzQT5J49yG_uM9lJiexTdhqHnFoLljZP6MQ7mTTaXYzE0tvqhIELQImv7JjSUKckyxewU9CWuY1r7WZRzRMddrEvTEsGxZkkK0E/s72-c/1+%25281%2529.jpg
Zon Wanita
https://blogzonwanita.blogspot.com/2015/08/bernikah-di-usia-muda-doktor-ini.html
https://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/08/bernikah-di-usia-muda-doktor-ini.html
true
3954754528969943134
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago