Archive Pages Design$type=blogging

Suami Cium Jenazah Isteri: Batalkah Wuduk Jenazah?

Suami jangan cium jenazah isteri. Nanti batal wuduk jenazah itu. Begitu juga isteri dihalang untuk cium jenazah suaminya atas alasan yang sama. Persoalannya, batal ke wuduk jenazah tu?

“Suami jangan cium jenazah isteri. Nanti batal wuduk jenazah itu.” 

Pelik sekali ada orang kata seperti ni. Kadang kala yang kata tu adalah tukang mandi jenazah. Mana lah mereka dapat hukum ni?
Kita yang jahil ni pun termakan hingga suami tak dapat cium kali terakhir kepada sang jenazah isteri kerana takut batal wuduk nya.

Begitu juga isteri dihalang untuk cium jenazah suaminya atas alasan yang sama.

Mari buka Kitab fiqh. Mari Belajar ilmu supaya tak termakan dengan perkara ini.

Persoalan – Batal ke wuduk jenazah tu?

Jawapannya sudah tentu tidak batal. Pertama sekali kita mesti tahu bahawa orang yang telah mati sudah putus dari menjadi mukallaf (orang yang wajib ikut syariat). Ini adalah kerana mereka sudah terpisah dari dunia, maka terpisah dari sebarang hukum. (Dunia adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat adalah tempat meraih kehidupan kekal abadi).

Maka bagaimana kamu boleh kata wuduk jenazah itu batal sedangkan dia sudah tidak ada hukum lagi?

Begitu juga jika najis keluar dari kemaluan jenazah yang sudah ada wuduk. Maka wuduknya tidak batal. Namun wajib bagi kita yang hidup untuk sucikan najis itu.

Ini kerana hukum hakam (syariat) hanya bagi mereka yang hidup dan bukanlah yang mati.

Maka jika jenazah yang wuduk disentuh oleh mereka yang bukan mahram (atau sang isteri/suami) maka tidak batal wuduk jenazah itu.

Tapi, jika sekiranya yang hidup itu ada wuduk. Maka yang hidup itu, batallah wuduknya.

Contoh, suami mati. Isteri cium jenazah suami. Maka suami tidak batal, yang batal adalah si isteri.

Rujukan -Kitab kifayatul muhtadi (Pengajian Dibawa oleh Ustaz Wan Junaidi Hafizullah )

Sumber asal: Isma Anis Alfikri

COMMENTS

Name

Berita Semasa cinta daging keju keluarga kerjaya kesihatan lasagna Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Zon Wanita: Suami Cium Jenazah Isteri: Batalkah Wuduk Jenazah?
Suami Cium Jenazah Isteri: Batalkah Wuduk Jenazah?
Suami jangan cium jenazah isteri. Nanti batal wuduk jenazah itu. Begitu juga isteri dihalang untuk cium jenazah suaminya atas alasan yang sama. Persoalannya, batal ke wuduk jenazah tu?
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFlhD72T-zTLIBpp1VSia9ow6DaY5s8CgvHNWrwLn82tOMA8lu8_AHT5e0hmB0Xm2fv9yrhdpTlTqWB8u4Vznt8Q5oAdj1Xb_-pjbKW8rKVDd6Opst9J6ouV93TyBW1x2WY0imBxeEYR38/s640/1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFlhD72T-zTLIBpp1VSia9ow6DaY5s8CgvHNWrwLn82tOMA8lu8_AHT5e0hmB0Xm2fv9yrhdpTlTqWB8u4Vznt8Q5oAdj1Xb_-pjbKW8rKVDd6Opst9J6ouV93TyBW1x2WY0imBxeEYR38/s72-c/1.jpg
Zon Wanita
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/10/suami-cium-jenazah-isteri-batalkah.html
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/10/suami-cium-jenazah-isteri-batalkah.html
true
3954754528969943134
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago