Archive Pages Design$type=blogging

Bentan Selepas Bersalin. Apa Yang Perlu Ibu Ambil Tahu dan Lakukan

Bentan adalah keadaan di mana seorang ibu yang berpantang tiba-tiba tidak sihat sehingga mengganggu keselesaan dan mengakibatkan kesakitan yang tidak dapat diketahui puncanya secara tiba-tiba. Ia selalu terjadi di awal tempoh berpantang kerana dipercayai ketika tempoh ini, keadaan dalaman ibu yang masih lemah. Tetapi ada juga kes bentan yang terjadi di tempoh penghujung berpantang dan kadang-kadang selepas tempoh berpantang.

Bentan adalah keadaan di mana seorang ibu yang berpantang tiba-tiba tidak sihat sehingga mengganggu keselesaan dan mengakibatkan kesakitan yang tidak dapat diketahui puncanya secara tiba-tiba.

Ia selalu terjadi di awal tempoh berpantang kerana dipercayai ketika tempoh ini, keadaan dalaman ibu yang masih lemah.

Tetapi ada juga kes bentan yang terjadi di tempoh penghujung berpantang dan kadang-kadang selepas tempoh berpantang.


JENIS-JENIS BENTAN, SIMPTOM, PUNCA & CARA RAWATAN

1. Bentan Urat

Badan ibu tiba-tiba lemah / demam / bisa-bisa urat dan setiap sendi badan seperti lutut dan sebagainya. Seluruh otot badan akan berasa tegang dan kekejangan. Selalunya keadaan ini berlaku apabila ibu terlalu aktif @ melakukan aktiviti fizikal yang melampau. Kerja yang orang berpantang boleh buat hanyalah lipat baju dan belek baby.

Sesiapa yang sibuk-sibuk nak sapu sampah, mop lantai, sendiri mau ingat ye. Kadang-kadang tak boleh terima alasan yang kononnya "saya kesiankan mak saya, kak".

Tapi lepas dah bentan, ibu bersalin masih susahkan mereka. Tapi kali ini berkali ganda. Sebab mereka kena jaga ibu berpantang, bayi yang baru lahir, anak-anak kecil yang lain & suami ibu bersalin.

So, mana relevannya sikap "kesian" kamu tu?

Kalau dah jadi macam ni tolong JANGAN MENGURUT. Sebab kalau mengurut, urat tu akan menjadi lagi sakit. Apa yang perlu dilakukan adalah sapu minyak panas ke seluruh badan & start bertungku / bertuam sehingga pecah peluh.

Tuaman / tungku perlu dilakukan di seluruh tubuh dengan sekata.

2. Bentan Urat Peranakan / Urat Rahim (ari-ari)

Kesakitan di bahagian ari-ari yang sederhana @ terlampau sakit sehingga tumpah darah. Kadang-kadang kesakitan ini menyebabkan lutut bertemu dagu sehingga susah untuk meluruskan badan si ibu. Selalunya terjadi jika ibu-ibu mengangkat benda berat.

Kalau  nak tau, masa dalam pantang ni, air dalam cerek tu pun sudah dikira berat.

Sebab itu kalau dalam pantang, janganlah ibu bersalin nak dukung anak-anak yang selain newborn.

Bentan urat peranakan juga boleh terjadi jika ada ibu-ibu langgar pantang ; berjimak masa dalam tempoh 44 / 100 hari berpantang.

Kalau bersalin normal, tak boleh bersama suami selama 44 hari.

Kalau yang menjalani pembedahan, tak boleh bersama dengan suami selama 100 hari.

Sesiapa yang melanggar pantang ni memang parah akibatnya.

Bukan sahaja berjimak, kalau "ringan-ringan atau stim" dengan suami sehingga menaikkan syahwat pun tak boleh sebenarnya nanti urat tu kembang.

Sebab tu juga orang tua dulu-dulu kalau time berpantang, memang kena halau suami tu dengan mak bidan / mak mertua.

Para suami kena tidur luar sampai ibu abis berpantang.

3. Bentan Urat Besar (pinggang)

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum.

Ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh & sakit di atas bahagian tongkeng (belakang). Selalunya terjadi pada ibu yang bersalin secara pembedahan.

Kadang-kadang kesakitan di bahagian pinggang & tumit yang serius sampai ibu jalan terjengket2.

Jika dibiarkan, ibu boleh berjalan capik seumur hidup.

** kalau bentan urat besar ini terjadi, bakar batu tungku. Di atas alas batu tungku, tabur ibu kunyit dan limau nipis yang telah dikisar (blender). Letak batu tungku & balut.

Letak kain dibahagian pembukaan faraj & start bertungku. Lepas dah tungku bahagian permukaan faraj tu, letak batu tungku atas lantai, lepas tu dengan posisi satu kaki melutut & satu kaki lagi menegak sehingga bahagian alat sulit dan dubur berada di atas batu tungku.

Rawatan ini perlu dilakukan selama 3 hari berturut-turut.

Bagi yang sampai tahap tumpah darah, buat tangas kering.

Caranya : Cuma bahan hanya pakai ibu kunyit & pati limau nipis.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebab itulah ibu berpantang 


  • Digalakkan banyakkan berehat
  • Jangan terkena hujan walaupon tempiasnya
  • Jangan suka mandi lama lama
  • Jangan main air ( kalau pinggan pun jangan basuh, minta tolong orang lain basuhkan)
  • Elakkan mandi budak
  • Dan janganlah angkat benda berat (even anak kecil kecuali newborn) .

Kerana sakit bentan ni memang tak tertanding dan sakitnya boleh buatkan ibu ibu berpantang merana .

Dan sebab itu digalakkan setiap wanita PERLU ada 1 batu sungai untuk bertungku. 


COMMENTS

Name

Berita Semasa cinta daging keju keluarga kerjaya kesihatan lasagna Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Zon Wanita: Bentan Selepas Bersalin. Apa Yang Perlu Ibu Ambil Tahu dan Lakukan
Bentan Selepas Bersalin. Apa Yang Perlu Ibu Ambil Tahu dan Lakukan
Bentan adalah keadaan di mana seorang ibu yang berpantang tiba-tiba tidak sihat sehingga mengganggu keselesaan dan mengakibatkan kesakitan yang tidak dapat diketahui puncanya secara tiba-tiba. Ia selalu terjadi di awal tempoh berpantang kerana dipercayai ketika tempoh ini, keadaan dalaman ibu yang masih lemah. Tetapi ada juga kes bentan yang terjadi di tempoh penghujung berpantang dan kadang-kadang selepas tempoh berpantang.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEistRLDtywpd6ueN3kWols5STdvZE42wzH9VpuRfv6dPFMnTzxrqUWHJHS4fTf0Pb1PmE7ng1IknJVlPJulYqVFC0sYg7hyJYle0NQKH-yBz6jSKMqW4VqTeDqLN8E8BBj5Fa1xI7h1GVYw/s640/ibu-dan-bayi.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEistRLDtywpd6ueN3kWols5STdvZE42wzH9VpuRfv6dPFMnTzxrqUWHJHS4fTf0Pb1PmE7ng1IknJVlPJulYqVFC0sYg7hyJYle0NQKH-yBz6jSKMqW4VqTeDqLN8E8BBj5Fa1xI7h1GVYw/s72-c/ibu-dan-bayi.jpg
Zon Wanita
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/10/bentan-selepas-bersalin-apa-yang-perlu.html
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/10/bentan-selepas-bersalin-apa-yang-perlu.html
true
3954754528969943134
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago