Archive Pages Design$type=blogging

Monday Blues? Ketahui 11 Cara Meransang Motivasi Diri

Ada yang Monday Blues hari ni? Ada kalanya ketika bangun pada waktu pagi, kita akan berasa kurang bersemangat untuk memulakan hari tersebut. Mungkin kerana sesuatu yang telah berlaku semalam ataupun sesuatu yang bakal kita hadapi hari ini.

Ada yang Monday Blues hari ni?

Ada kalanya ketika bangun pada waktu pagi, kita akan berasa kurang bersemangat untuk memulakan hari tersebut. Mungkin kerana sesuatu yang telah berlaku semalam ataupun sesuatu yang bakal kita hadapi hari ini.

Keadaan sebegini tidak baik untuk hari baru kerana ia akan menyebabkan tindakan yang kita lakukan terjejas. Lantas ada berfikir, apakah yang boleh saya lakukan untuk mengatasi situasi ini?


Mari admin berkongsi beberapa tip ringkas untuk meningkatkan motivasi diri di kala gundah dan kurang bertenaga:


1. Kata perangsang kendiri setiap hari
Anda boleh membeli buku khas berkaitan kata-kata perangsang kendiri atau pun mengungkapkan apa-apa sahaja untuk member keyakinan kepada diri setiap hari.

Puji dan sanjunglah diri anda. Jangan asyik memandang rendah dan memperlekeh sahaja. Contohnya, anda menyebut kepada diri sendiri: “Saya berasa sungguh hebat dan yakin!”, “Saya sememangnya seorang yang mengangumkan!”, atau “Tidak kira apa orang kata, saya seorang yang berdedikasi, berdisiplin dan kuat bekerja.”


2. Membaca al-Quran beserta maksudnya
Al-Quran sarat dengan kata-kata perangsang dan inspirasi. Dengan membaca al-Quran dan menghayati maksudnya, kita seolah-olah sedang “berbicara” dengan Allah, dan pastinya Allah tidak akan pernah menzalimi kita.

Apabila menghayati bacaan al-Quran hati kita akan “memproses” kalimah terbaik yang wujud di dunia. Minda dengan perkataan yang terbaik pasti akan memberikan emosi dan pemikiran yang baik.


3. Memberi ganjaran kepada diri sendiri
Setiap kali anda berjaya melakukan perkara yang diingini, berilah ganjaran. Tidak kira mahal atau murah, yang penting ia dapat mengganjari kejayaan anda.

Contohnya, setiap kali anda mendapat kenaikan pangkat, belanjalah diri sendiri di sebuah restoran yang menjadi kegemaran anda. Ini bukti anda menghargai kejayaan diri sendiri. Paling tidak belanda diri sendiri aiskrim selepas selesai melakukan tugasan dengan berjaya. Mudah bukan?


4. Sempurnakan tugasan
Jika dibiarkan sesuatu urusan terbengkalai, ia amat “menyeksa” keyakinan diri sendiri. Ini bukan bermakna anda tidak boleh menangguhkan kerja, tetapi jangan sampai berasa malu untuk memikirkan perjuangan yang tidak selesai itu. Biarpun sesukar mana caranya, carilah jalan untuk menyempurnakannya.


5. Dapatkan pendapat atau komen daripada orang lain
Untuk keyakinan diri, mintalah daripada orang yang tidak banyak karenah dan mudah menghargai usaha orang lain. Ini akan dapat meningkatkan rasa diri dan keyakinan.

Namun, jika ingin mendapatkan kritikan dan komen negative, bertanyalah kepada mereka yang cerewet dan kritikal untuk pendapat mereka.


6. Sentiasa mengambil peluang untuk meningkatkan diri sendiri
Jika kursus, seminar, bengkel, ceramah dan sebagainya diadakan, cubalah ambil peluang untuk menyertainya. Ini akan meningkatkan rasa diri dan keyakinan terutamnaya apabila anda dapat mempelajari sesuatu kemahiran baru dan menyiapkan tugasan dengan kemahiran tersebut. Ia cukup memuaskan jiwa anda!


7. Senaraikan objektif kejayaan yang ingin diraih
Tanya kepada diri tentang tujuan sesuatu kejayaan itu ingin diraih. Kenapa anda melakukan perkara tersebut? Kenapa anda bekerja bersungguh-sungguh? Kenapa perlu melakukan kerja lebih masa? Kenapa ia penting untuk kejayaan hidup saya? Tuliskan semua alasan tersebut dari aspek keluarga, majikan atau diri sendiri. Kemudian, bandingkan alasan orang lain dengan alasan peribadia anda.


8. Alasan peribadi anda adalah yang terbaik
Walau seindah mana sekalipun alasan orang lain supaya anda bermotivasi, namun alasan anda sendiri adalah yang terbaik. Orang lain membuat alasan tanpa benar-benar memahami diri anda. Andalah yang paling layak untuk memotivasikan diri sendiri, lebih-lebih lagi ketika sedang melalui saat-saat sukar dan genting.


9. Ramai orang sudah berjaya melakukannya
Kata-kata ini adalah untuk membuang rasa takut dan bimbang dalam tugasan harian. Membuat pembentangan projek bernilai RM30 juta bukanlah senang untuk eksekutif setahun jagung, tetapi bukankah sudah ramai yang telah berjaya melakukannya? Jika mereka boleh, mengapa tidak anda?


10. Jangan takut melakukan kesilapan
Lakukan sesuatu untuk sentiasa mara ke hadapan. Bahkan Islam juga menyuruh manusia meningkatkan hidup mereka. Namun demikian, tugas sebagai khalifah di muka bumi jauh lebih tinggi daripada itu. Oleh sebab itu, jangan takut untuk melakukan kesilapan kerana ia proses biasa untuk meningkatkan keupayaan hidup.

Tidak salah untuk melakukan kesilapan, tetapi adalah salah apabila tidak beljar daripada kesilapan. Jangan ulangi kesilapan sama, tetapi renunglah kesilapan tersebut dengan hati yang bijaksana.


11. Jangan kedekut untuk membantu orang lain Bantulah rakan anda yang tidak mempunyai keyakinan diri. Ini secara tidak langsung akan membantu diri anda memperteguh keyakinan dan semangat kerja. Janganlah kedekut ilmu untuk membantu orang lain. Ingatlah “prinsip yoyo”; anda akan dapat balik apa yang anda berikan!



COMMENTS

Name

Berita Semasa cinta daging keju keluarga kerjaya kesihatan lasagna Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Zon Wanita: Monday Blues? Ketahui 11 Cara Meransang Motivasi Diri
Monday Blues? Ketahui 11 Cara Meransang Motivasi Diri
Ada yang Monday Blues hari ni? Ada kalanya ketika bangun pada waktu pagi, kita akan berasa kurang bersemangat untuk memulakan hari tersebut. Mungkin kerana sesuatu yang telah berlaku semalam ataupun sesuatu yang bakal kita hadapi hari ini.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsXS2QeYJL5pMeAP-VSSm8kYlpGCXoXbps_FDiVg9HbMzy27tv0ovH7mPyvQWBG2G5rcK82kJoHYGUbLmphnpXtliGTSTzey0rr8lB_-fBZMLf0EZzx5Okfz8jQCRP3HCziAyUYMSxcQ_v/s640/MondayBlues.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsXS2QeYJL5pMeAP-VSSm8kYlpGCXoXbps_FDiVg9HbMzy27tv0ovH7mPyvQWBG2G5rcK82kJoHYGUbLmphnpXtliGTSTzey0rr8lB_-fBZMLf0EZzx5Okfz8jQCRP3HCziAyUYMSxcQ_v/s72-c/MondayBlues.jpg
Zon Wanita
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/monday-blues-ketahui-11-cara-meransang.html
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/monday-blues-ketahui-11-cara-meransang.html
true
3954754528969943134
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago