Archive Pages Design$type=blogging

2 Ikon Negara Siti Nurhaliza dan Tun Mahathir Berduet Menyanyi Bersama

Cyberjaya: Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU), bergema dengan tepukan gemuruh dan sorakan daripada lebih 300 penonton apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza berkongsi pentas menyanyikan lagu secara berduet pada program 'The Story’ pada 16 September 2015.

Kedua-dua figura hebat tanah air itu berduet menyanyikan lagu 'My Way' dendangan Frank Sinatra sekali gus mendapat tepukan gemuruh dan sorakan daripada penonton.

Ditambah lagi dengan Dr Mahathir yang kelihatan 'selamba' sepanjang menyanyikan lagu berkenaan menyebabkan penonton ketawa kerana terhibur dengan sikap 'sporting' beliau.

Pada mulanya, Dr Mahathir menyanyikan lagu bertajuk 'Imagine' nyanyian John Lennon iaitu permintaan daripada seorang peminat yang mahu beliau membuat persembahan di atas pentas. Selepas beliau menghabiskan nyanyiannya, Siti yang pada mulanya duduk bersebelahan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali naik ke atas pentas untuk menyanyi bersama Dr Mahathir.

Beberapa minit ketika Dr Mahathir menyanyikan lagu berkenaan, kedengaran suara beliau 'tidak sampai' ketika cuba menyampaikan nada tinggi.

Penonton kemudian ketawa melihat mimik muka dan gelagat beliau yang kelihatan agak lucu pada waktu itu.

Terdahulu, Siti sempat mengusik Dr Mahathir sebelum memulakan nyanyian bersama.

"Nampaknya Tun M kena menyanyilah lepas ini," katanya dengan nada bergurau.

Dr Mahathir kemudian membalas kembali usikan Siti secara ringkas menyebabkan penonton yang hadir ketawa melihat telatah lucu beliau.

"Tak payahlah... (menyanyi)," katanya ringkas.

Program 'The Story' itu menampilkan tiga individu bagi berkongsi pengalaman dan perjalanan hidup mereka.

Selain Dr Mahathir dan Siti, ia turut menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X yang juga Pengasas Tune Group Datuk Kamarudin Meranun.

'The Story' adalah inisiatif dibuat oleh Generasi Bersatu Malaysia (GBM) iaitu sebuah organisasi ditubuhkan untuk membantu pembangunan belia di Malaysia dengan memberi tumpuan dalam merangka penyelesaian kepada masalah sosial dan meningkatkan kualiti kehidupan generasi akan datang melalui pendekatan dengan idea inovatif.

Sumber: Harian Metro

COMMENTS

Name

Berita Semasa cinta daging keju keluarga kerjaya kesihatan lasagna Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Zon Wanita: 2 Ikon Negara Siti Nurhaliza dan Tun Mahathir Berduet Menyanyi Bersama
2 Ikon Negara Siti Nurhaliza dan Tun Mahathir Berduet Menyanyi Bersama
Cyberjaya: Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU), bergema dengan tepukan gemuruh dan sorakan daripada lebih 300 penonton apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza berkongsi pentas menyanyikan lagu secara berduet pada program 'The Story’ pada 16 September 2015.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcNiDB5bkxPU6XmpdxJ1gnM6jSjfXx6rD45MNKJDI3GEIf-d0XTS7ws0TL-Fy9CWEv6qnw8uopaV21QTidSEle06XSo2yMMQEtiPXeKYK8zJYRFSzDs9GJCmtlktdqsJdlm92ZcP2sYRTN/s640/ct.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcNiDB5bkxPU6XmpdxJ1gnM6jSjfXx6rD45MNKJDI3GEIf-d0XTS7ws0TL-Fy9CWEv6qnw8uopaV21QTidSEle06XSo2yMMQEtiPXeKYK8zJYRFSzDs9GJCmtlktdqsJdlm92ZcP2sYRTN/s72-c/ct.jpg
Zon Wanita
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/2-ikon-negara-siti-nurhaliza-dan-tun.html
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/2-ikon-negara-siti-nurhaliza-dan-tun.html
true
3954754528969943134
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago