Archive Pages Design$type=blogging

Zikir Fatimah: Ajaran Nabi S.A.W kepada Fatimah Untuk Menjadi 'Superwomen'

Petua untuk cik puan yang rasa letih menguruskan rumahtangga. Nabi ajar doa ini kepada fatimah apabila beliau mengadu minta hamba untuk urus kerja seharian. Apabila kamu hendak tidur maka bacalah SUBHANALLAH (33 KALI),ALHAMDULILLAH (33 KALI) dan ALLAHUAKBAR (34 KALI) Amalan ini lebih baik bagi kamu daripada mendapatkan hamba

Fatimah R.anha biasanya menggunakan tangannya untuk mengisar bijian yang menyebabkan tanganya menjadi kasar. Beliau juga mengisi air ke dalam bekas yang di buat daripada kulit dan membawa bekas itu ke rumah sehingga meninggalkan kesan didadanya akibat daripada tali bekas tersebut. Beliau sendiri menguruskan rumahnya, menyapu dan sebagainya sehingga menyebabkan pakaiannya selalu kotor.

Pada suatu ketika beberapa orang hamba perempuan telah di bawa kepada Nabi SAW. Saya (Ali r.anhu) pun menyuruh Fatimah r.anhu," Kamu pergilah kepada Rasulullah SAW dan minta seorang pembantu agar kamu mendapat bantuan daripadanya."

Beliau kemudian pergi berjumpa Nabi SAW tetapi beliau mendapati ramai orang berada di situ. Beliau seorang yang sangat pemalu. Lantaran sifat pemalunya, beliau tidak mahu meminta kepada bapanya di hadapan orang ramai walaupun itu merupakan bapanya sendiri,maka beliau pun pulang.

Pada keesokan harinya,Rasulullah SAW datang sendiri dan bersabda, "Fatimah Untuk tujuan apakah engkau pergi ke sana? "

Oleh kerana perasaan malu, beliau mendiamkan diri sahaja.Saya (Hazrat Ali r.anhu) pun berkata , "ya Rasulullah, kesan daripada batu pengisar, tanganya menjadi kasar. Kesan daripada tali bekas air, dadanya telah berparut. Semetara urusan rumahtangga yang lain meyebabkan pakaianya selau dalam keadaan kotor. Kelmarin saya(Ali r.anhu) memberitahunya mengenai hamba-hamba yang telah sampai kepada Rasulullah, supaya Fatimah r.anha dapat meminta seorang hamba. Oleh kerana itu Fatimah r.anha pergi kepada mu ya Rasulullah.

Rasulullah SAW bersabda, "wahai anakku,bersabarlah. Nabi Musa a.s dan isterinya memiliki hanya satu alas tidur sahaja sehingga 10 tahun. Itu pun hanya jubah Nabi Musa a.s. Itulah yang di bentang dan mereka tidur di atasnya.Takutlah kepada ALLAH SWT hasilkan sifat takwa dan tunaikanlah tugas dan kewajipanmu terhadap ALLAH dan sempurnakanlah tugas-tugas rumahtangga mu. Apabila kamu hendak tidur maka bacalah SUBHANALLAH (33 KALI),ALHAMDULILLAH (33 KALI) dan ALLAHUAKBAR (34 KALI)
Amalan ini lebih baik bagi kamu daripada mendapatkan hamba."

Fatimah r.anha pun berkata, Saya redha dengan ALLAH SWT dan RASULNYA." (Abu Daud)
____________________________________________________________________________


Kesimpulan dari Hadis dan kisah di atas menerangkan bahawa dengan bertasbih mengingati ALLAH lebih baik dari dunia dan seisinya.

“Sebaik-baik wanita yang pernah diciptakan Allah di dunia dan akhirat adalah Fatimah Ia adalah penghulu wanita di Surga.”(Sahih Bukhari dan Muslim)



COMMENTS

Name

Berita Semasa cinta daging keju keluarga kerjaya kesihatan lasagna Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Zon Wanita: Zikir Fatimah: Ajaran Nabi S.A.W kepada Fatimah Untuk Menjadi 'Superwomen'
Zikir Fatimah: Ajaran Nabi S.A.W kepada Fatimah Untuk Menjadi 'Superwomen'
Petua untuk cik puan yang rasa letih menguruskan rumahtangga. Nabi ajar doa ini kepada fatimah apabila beliau mengadu minta hamba untuk urus kerja seharian. Apabila kamu hendak tidur maka bacalah SUBHANALLAH (33 KALI),ALHAMDULILLAH (33 KALI) dan ALLAHUAKBAR (34 KALI) Amalan ini lebih baik bagi kamu daripada mendapatkan hamba
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEheafNEGRG7Ov4aCE57HJ6K4BZRCdA6e8dP-GFnhFeJhiAAS5zgsEG-4LVWAWguPBkjRDE2aU8wxM4SR7rpJ5LIuu-xP0HzUyzOXKpBmJDEX9RZIbaUFNcf6T4T3MYG2LvxLqdp5DTWmy4n/s640/Zikir+Fatimah.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEheafNEGRG7Ov4aCE57HJ6K4BZRCdA6e8dP-GFnhFeJhiAAS5zgsEG-4LVWAWguPBkjRDE2aU8wxM4SR7rpJ5LIuu-xP0HzUyzOXKpBmJDEX9RZIbaUFNcf6T4T3MYG2LvxLqdp5DTWmy4n/s72-c/Zikir+Fatimah.jpg
Zon Wanita
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/10/zikir-fatimah-petua-jaga-kesihatan.html
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/10/zikir-fatimah-petua-jaga-kesihatan.html
true
3954754528969943134
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago