Archive Pages Design$type=blogging

Ketahui 7 Tips Untuk Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung

Wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung. Malah, penting bagi wanita bertudung mengetahui langkah penjagaan yang rapi terhadap rambut mereka. Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya.

Anda seorang yang bertudung? Jika Ya, Adakah penting penjagaan rambut bagi wanita bertudung? Sesetengah pendapat ada mengatakan bila dah bertudung, tidak perlulah ambil berat soal rambut ni. Rambut ada kutu? Kelemumur? Berminyak? Semua boleh sorok bila bertudung. Pemikiran macam tu, haruslah dikikis dan dibuang jauh-jauh ya.

Tudung atau tidak bukan ukurannya. Yang penting sebagai wanita, anda tidak boleh menafikan istilah yang rambut itu adalah mahkota wanita. Sayangilah ia sama seperti anda menjaga kulit wajah dan penampilan diri yang lain. 



Wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung. Malah, penting bagi wanita bertudung mengetahui langkah penjagaan yang rapi terhadap rambut mereka. Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya. 

Tambahan lagi jika rambut tidak mendapat cahaya matahari pagi yang bagus untuk kulit. Keadaan lebih buruk jika anda berambut panjang dan kerap pula mencuci rambut pada waktu pagi. Rambut tidak akan kering sempurna dalam masa setengah jam, tambahan lagi cuaca sejuk pada waktu itu. Jika anda membiarkan rambut kering hanya 50 peratus dan kemudian terus mengikatnya sebelum mengenakan tudung, ini boleh memudaratkan rambut.

Beberapa masalah yang sering di alami oleh orang yang bertudung adalah :
1) Berkelumumur
2) Rambut berbau
3) Kulit kepala berminyak
4) Rambut gugur
5) Hujung rambut berbuah


Walaupun anda bertudung, pastikan rambut anda sentiasa terjaga dengan mengamalkan beberapa tips berikut:

#1. Jenis Kain Tudung

Pilihlah tudung dari jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik dari kain kapas. fabrik yang mudah menyerap peluh akan memudahkan aliran udara dikepala anda.

#2. Jangan Melebihi 4 Lapisan Kain
Trend pemakaian tudung terkini menyaksikan gabungan beberapa lapis tudung bagi sekali pemakaian. Kita boleh menvariasikan gaya namun ingat, jangan melebihi empat lapisan kain ya. Ini kerana semakin tebal tudung anda, semakin sukar rambut anda bernafas dan mudah lembab dan berbau.

#3. Hindari Tudung Berwarna Gelap
Pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika kita banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini kadangkala akan membuatkan anda tidak selesa, berasa pening dan kulit kepala akan mudah gatal dan berpeluh.

#4. Hindari Pemakaian Tudung Terlalu Lama
Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun daripada beriadah, teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. Berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaik-baiknya bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Elakkan terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.

#5. Sikat Rambut
Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya
Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya.

#6. Jangan Memakai Tudung Jika Rambut Basah
Elakkan memakai tudung ketika rambut anda basah. Keadan ini akan menimbulkan masalah kelemumur, rambut berminyak dan rambut berbau yang kurang menyenangkan.

#7. Kebersihan Rambut Dan Kulit Kepala
Jagalah kebersihan rambut dan kulit kepala dgn penggunaan produk yang bersesuaian dengan keadaan rambut anda. Penggunaan produk rambut yang lengkap seperti syampu, perapi, minyak rambut (sebelum cucian), serum/ tonik ( selepas cucian) dan masker rambut amat penting khususnya bagi wanita yang menghadapi masalah rambut.

COMMENTS

Name

Berita Semasa cinta daging keju keluarga kerjaya kesihatan lasagna Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Zon Wanita: Ketahui 7 Tips Untuk Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung
Ketahui 7 Tips Untuk Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung
Wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung. Malah, penting bagi wanita bertudung mengetahui langkah penjagaan yang rapi terhadap rambut mereka. Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOWjVgU2nxXc1rkQzUpN8vBQw7JQREcv51idzpkhhjDZwC9AF5uNuHAUVIe3_9A5iLBvbH8jsTNaR3IVGr5CDQat9iWNXzKzxM-GnyX8n7fymNh9DrJ7lH6woY4N01D7pengBbRCAskoTG/s640/tumblr_m3sja4o1zV1qi47k6o1_500.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOWjVgU2nxXc1rkQzUpN8vBQw7JQREcv51idzpkhhjDZwC9AF5uNuHAUVIe3_9A5iLBvbH8jsTNaR3IVGr5CDQat9iWNXzKzxM-GnyX8n7fymNh9DrJ7lH6woY4N01D7pengBbRCAskoTG/s72-c/tumblr_m3sja4o1zV1qi47k6o1_500.jpg
Zon Wanita
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/ketahui-7-tips-untuk-penjagaan-rambut.html
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/ketahui-7-tips-untuk-penjagaan-rambut.html
true
3954754528969943134
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago