Archive Pages Design$type=blogging

10 Tips Mengatasi Masalah Stress Di Tempat Kerja

Setiap orang tidak dapat lari daripada menghadapi tekanan di tempat kerja. Namun kita berupaya untuk mengawal emosi tersebut agar tidak menjadi lebih teruk dan mengganggu kosentrasi. 10 tip ini mungkin membantu anda agar bijak mengawal stres dalam pekerjaan.

Setiap orang tidak dapat lari daripada menghadapi tekanan di tempat kerja. Namun kita berupaya untuk mengawal emosi tersebut agar tidak menjadi lebih teruk dan mengganggu kosentrasi.

10 tip ini mungkin membantu anda agar bijak mengawal stres dalam pekerjaan.

#1- Cari punca stres
Pertama sekali, cuba kenal pasti apa sebenarnya yang telah menyebabkan anda berasa stres di pejabat. Adakah kerana ketua anda, rakan-rakan sekerja, tugasan atau persekitaran? Setelah mengenal pasti punca, lebih mudah untuk anda fokus kepada solusi.

#2- Berehat sebentar
Ambil 5-10 minit untuk merehatkan minda anda. Seboleh-bolehnya keluar dari pejabat sebentar untuk tenangkan diri atau tidur sebentar selama 10-15 minit pada waktu rehat. Cara ini juga dapat membantu anda mengurangkan kekusutan fikiran anda dan ternyata ia membantu!

#3- Tarik nafas dalam-dalam
Pejamkan mata dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Ia dapat membantu anda supaya bernafas dengan betul dan mengurangkan tekanan dalam jangka masa yang pendek.

#4- Berbincang dengan rakan
Masalah tidak akan selesai jika anda mendiamkan diri, merajuk dan membawa diri. Luahkan stres yang anda hadapi kepada rakan sekerja atau sahabat yang boleh dipercayai. Mungkin mereka ada idea atau pendapat menarik yang boleh membantu anda menghadapi tekanan di pejabat.

#5- Buat aktiviti menarik semasa cuti
Walaupun anda menghadapi tekanan di tempat kerja, seeloknya jangan dibawa masalah itu ke rumah dan memberi kesan dalam perhubungan anda dengan ahli keluarga lain. Lupakan hal tersebut, lakukan aktiviti kegemaran anda bersama insan tersayang.

#6- Layari laman web anti-stresTerdapat pelbagai laman web yang boleh anda lawati untuk menghilangkan stres di pejabat contohnya menonton video humor. Ia sedikit sebanyak bagaikan ‘pil penenang’ kepada anda.

#7- Bersukan Jika anda bukan peminat sukan, anda harus mulakannya dari sekarang. Selain dari menyihatkan badan, ia dapat membantu anda menenangkan fikiran. Aktiviti sukan seperti berjoging, bermain badminton, sukan lasak, berenang atau berkunjung ke gimnasium juga baik untuk anda.

#8- Ketawa dan senyum
Memang sukar hendak ketawa jika sedang berada dalam keadaan stres. Tetapi ia tidak mustahil. Cuba fikirkan perkara yang boleh membuatkan anda tersenyum seperti hidangan kek coklat lazat, kekasih hati anda, kereta idaman anda, atau lawak-lawak yang dapat membuatkan anda tersenyum sekurang-kurangnya. Selain itu, tampal kata-kata semangat di bilik pejabat anda untuk menaikkan semangat anda.

#9- Menu Makan Berkhasiat
Selalunya bila kita tertekan, kita mudah makan apa saja untuk menghilangkan tekanan. Tetapi ia akan memudaratkan jika anda gagal mengawal pemakanan anda. Seeloknya minum dan makan makanan yang berkhasiat. Makanan seperti ikan, sayur brokoli, pasta, almond, susu, daging, buah bluberi, bawang putih dan chamomile merupakan antara menu yang dapat membantu anda mengurangkan stres.

#10- Cari pekerjaan lain

Jika anda tidak gembira dengan pekerjaan anda sekarang, sebagai langkah terakhir, perlahan-lahan cuba cari pekerjaan yang sesuai dengan anda. Ini juga dapat membantu meringankan tekanan di pejabat yang ada sekarang.

COMMENTS

Name

Berita Semasa cinta daging keju keluarga kerjaya kesihatan lasagna Niaga Petua Resepi suami isteri tips
false
ltr
item
Zon Wanita: 10 Tips Mengatasi Masalah Stress Di Tempat Kerja
10 Tips Mengatasi Masalah Stress Di Tempat Kerja
Setiap orang tidak dapat lari daripada menghadapi tekanan di tempat kerja. Namun kita berupaya untuk mengawal emosi tersebut agar tidak menjadi lebih teruk dan mengganggu kosentrasi. 10 tip ini mungkin membantu anda agar bijak mengawal stres dalam pekerjaan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizsRCB9J0NPk4UJn_lsq9Id6vbmdNppNMtxWb6rM7yJllnuQCRfZfySud4CNkOXTUGaFfUlJjwNUGOnrkd-DMxX5F57OoBIE1aJCGYlY2EoEKCF7DuSxaHlhsQyp2szl5zeUS60OHlnMYo/s640/stress.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizsRCB9J0NPk4UJn_lsq9Id6vbmdNppNMtxWb6rM7yJllnuQCRfZfySud4CNkOXTUGaFfUlJjwNUGOnrkd-DMxX5F57OoBIE1aJCGYlY2EoEKCF7DuSxaHlhsQyp2szl5zeUS60OHlnMYo/s72-c/stress.jpg
Zon Wanita
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/10-tips-atasi-stress-di-tempat-kerja.html
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/
http://blogzonwanita.blogspot.com/2015/09/10-tips-atasi-stress-di-tempat-kerja.html
true
3954754528969943134
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago